‘Slipway’ baiki bot nelayan di setiap daerah

Dr Azman Ibrahim ketika melawat projek pembinaan rumah sejuk beku dan mini 'slipway' di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang.

SETIU: Kerajaan negeri akan membina mini ‘slipway’ di setiap daerah bagi kemudahan kerja-kerja membaiki kerosakan kecil bot-bot nelayan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, tumpuan kemudahan itu di Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman bagi keperluan nelayan bot kelas A dan B.

Advertisement

Katanya, prasarana tersebut merupakan keperluan yang begitu kritikal untuk nelayan menyelenggara bot tanpa perlu lagi pergi ke tempat lain yang melibatkan jarak yang jauh.

“Keperluan itu diperlukan di setiap daerah supaya kerosakan kecil bot antaranya kerosakan kipas tidak mengambil masa yang lama dibaiki,” katanya selepas melawat projek pembinaan rumah sejuk beku dan mini ‘slipway’ di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang semalam.

Menurutnya juga mini ‘slipway’ di Jeti LKIM itu melibatkan kos RM50,000 di mana sekarang hampir 90 peratus siap. Slipway tersebut mampu menampung bot sehingga 30 tan.- HARAKAHDAILY 23/7/2020