Raudatul Ilmi lahir benih solehah

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan mengadakan kuliah agama di kesemua 36 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri itu sama ada pada hari Jumaat atau hari lain.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri akan menjadikan Kedah sebagai Raudatul Ilmi supaya benih-benih solehah dapat bercambah di pelusuk negeri.

Advertisement

Katanya, agenda itu dilaksanakan di bawah Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Dato’ Najmi Ahmad.

“Begitu juga kuliah Dhuha di Dewan Seri Mentaloon akan terus setiap minggu dan tidak akan diberhentikan melainkan ada arahan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan negara masih di bawah perlaksanaan PKPP,” katanya pada sidang media selepas Kuliah Dhuha di Dewan Seri Mentaloon hari ini.

Kuliah tersebut diisi dua penceramah yang terdiri daripada pengkuliah ternama dan haraki.- HARAKAHDAILY 24/7/2020