Pertahan kemenangan cabaran kompenan PN

KOTA BHARU: Mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menjadi cabaran besar bagi parti-parti kompenan Perikatan Nasional (PN).

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Malik Abdul Karim berkata, PN perlu bekerja lebih kuat bagi mengelak berulang apa yang menimpa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Advertisement

“Kita telah saksikan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan kerana krisis dalaman yang berlaku sejak 10 Mei 2018.

“Masalah dalaman sehingga akhirnya kerajaan PH jatuh kerana konflik merebut jawatan perdana menteri yang tidak berkesudahan,” katanya di sini.

Oleh itu beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kota Bharu berharap parti kompenan PN tidak leka dengan kemenangan di Putrajaya dan banyak negeri yang berlaku sekarang.

Menurutnya juga biarpun ada pihak menganggap kemenangan PN sekarang bukan melalui pilihan raya, namun PN sebenarnya dianggap sebagai penyelamat selepas PH gagal mengemudikan negara.- HARAKAHDAILY 27/7/2020