Saudara baharu disaran dalami ilmu akidah

MELAKA:Adalah sesuatu yang sangat penting bagi saudara baharu untuk mendalami ilmu akidah dan fardu ain serta mendapat gambaran yang betul tentang agama Islam.

Advertisement

Demikian dinyatakan Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidik ketika berucap menutup rasmi Kursus Asas Kefahaman Islam di Kompleks Darul Huda, Balai Islam Kampung Lapan Bachang, di sini semalam.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka itu menambah, golongan saudara baharu ini perlu mengikuti program ilmu yg dilaksanakan oleh pihak Balai Islam MAIM di mana kerajaan telah peruntukan bajet khas untuk membantu golongan ini.

Di akhir program yang disertai oleh lebih 30 orang saudara baharu ini, para peserta telah dikurniakan sijil, Al-Quran digital serta wang tunai sebanyak RM1000 sebagai sokongan dan dorongan kerana memeluk agama Islam.- HARAKAHDAILY 27/7/2020