Operasi tentera Israel cemari kedaulatan Lubnan

MOSCOW: Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab berkata pada Selasa rejim Israel telah mencemari kedaulatan negara itu dan melakukan operasi ketenteraan ‘berbahaya’ di sempadan kedua-dua negara, lapor agensi berita Sputnik.

Advertisement

“Semalam, Israel sekali lagi mencemari kedaulatan Lubnan dan mencabuli Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan melakukan operasi ketenteraan yang berbahaya,” kata Diad. 

Perdana Menteri itu turut memberi amaran hubungan kedua-dua negara mungkin “tergugat memandangkan ketegangan yang berlaku di sempadan.”

Pengumuman itu susulan insiden berbalas tembakan yang berlaku pada Isnin di sempadan Israel-Lubnan di kawasan pertanian Shebaa yang menjadi pertikaian. 

Seorang sumber tempatan memberitahu Sputnik, Israel turut membedil penempatan Kfarchouba di selatan Lubnan selama kira-kira setengah jam.

Minggu lalu, ketegangan di wilayah itu memuncak selepas terdapat laporan mengatakan Israel melancarkan serangan udara dan membunuh seorang pejuang Hizbullah di Selatan Damsyik. – BERNAMA