Menyambut Aidil Adha di musim COVID-19

PAS Sarawak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 2020 terutama khas untuk umat Muslim di seluruh negara agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan sempena Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walaupun PKP diperketatkan di Sarawak kerana peningkatan kes jangkitan COVID-19 di beberapa daerah, ini juga merupakan salah satu pengorbanan bagi mereka yang merasa sukar untuk kembali ke kampung untuk merayakan ibadah qurban bersama keluarga dan rakan-rakan.

Polis Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilonggarkan di bawah pelaksanaan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan lagi.

Semua cabaran dan cubaan ini juga merupakan ujian bagi kita sebagai umat Islam untuk belajar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat di negara ini.

Advertisement

Belajarlah dari keikhlasan seorang Nabi, iaitu Nabi Ibrahim ketika dia mengorbankan anaknya dan seperti Nabi Ismail yang ikhlas dan menerima semua kehendak Allah S.W.T. Jadikan Eid al-Adha tahun ini sebagai masa untuk kita belajar berjuang dengan ikhlas dan berlaku adil kepada semua tanpa mengira agama dan politik.

Tetapi yang paling penting adalah keselamatan terlebih dahulu dan kesihatan harus diberi keutamaan supaya wabak COVID-19 dapat dicegah dari terus merebak.

Pandemik ini adalah ujian, seperti yang pernah dilakukan Nabi Ibrahim. Eid al-Adha masih disambut, semoga anda mendapat keberkatan dari Ar-Rahim. Selamat Hari Raya Idul Adha 1441 H.

“Semoga Idul Adha ini, Allah memberkati anda semua dengan kebahagiaan, kejayaan, dan kedamaian.”

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Happy Eid al-Adha in the Covid-19 pandemic season

PAS Sarawak would like to wish Happy Hari Raya Idul Adha 2020, especially for Muslims throughout the country to always maintain safety and health in conjunction with the Restoration Movement Control Order (RMCO).

Although MCO has been tightened in Sarawak due to the increase in cases of COVID-19 infection in some districts, this is also one of the sacrifices for those who find it difficult to return to the village to celebrate qurban with family and friends.

Sarawak Police is ready to face any possibility if the standard operating procedure (SOP) related to the Movement Control Order (MCO) relaxed under the implementation of Rehabilitation is implemented again.

All these challenges and trials are also a test for us as Muslims to learn to abide by the rules set by the authorities to maintain the health and safety of the people in this country.

Learn from the sincerity of a Prophet, namely Prophet Ibrahim when he sacrificed his son and like Prophet Ishmael who was sincere and accepted all the wishes of Allah S.W.T. Make Eid al-Adha this year as a time for us to learn to sincerely fight and be fair to all regardless of religion and politics.

But the most important thing is safety first and health should be given priority so that the Covid-19 epidemic can be prevented from spreading further.

This pandemic is a test, as Prophet Ibrahim once did. Eid al-Adha is still celebrated, may you receive blessings from Ar-Rahim. Happy Hari Raya Idul Adha 1441 H.

May this Eid al-Adha, God bless you all with happiness, success, and peace.

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 30/7/2020