PAS N9 hidupkan sunnah pengorbanan

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan telah menganjurkan program Korban Perdana dengan kerjasama PAS Kawasan Seremban pada majlis yang dilangsungkan di Kompleks PAS Negeri Sembilan, di sini kelmarin.

Advertisement

Selain memenuhi tuntutan ibadah dan penghayatan terhadap ibrah pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim A.S bersama isteri baginda Hajar serta anak mereka Nabi Ismail A.S, ia juga sebagai mengeratkan silaturahim.

Terdahulu telah diadakan solat sunat Aidiladha yang disertai bukan sahaja para pimpinan, ahli, penyokong dan pendukung PAS Negeri Sembilan, tetapi juga penduduk setempat untuk turut bersama.

Memandangkan keraian Aidiladha kali ini masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semua pelaksanaan dijalankan menurut prosedur operasi standard (SOP) digariskan.

Pun begitu, ia jauh kelihatan sangat istimewa setidak-tidaknya antara pimpinan, ahli, pendukung dan penduduk setempat dapat berukhuwah berbanding terpaksa ‘berkurung’ di rumah pada Aidilfitri baru-baru ini.

Sebanyak lima ekor lembu dan 2 ekor kambing disembelih sebagai korban tahun ini di mana kerja-kerja melapah dan pengagihan kepada asnaf turut dilakukan di sekitar bandar ini hari yang sama.

Majlis diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Sembilan, Yahaya Othman selaku Pengarah Program ini turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Khairul Anuar Wafa. – HARAKAHDAILY 2/8/2020