Kedah laksana TEMCO di kawasan wabak Covid-19

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (TEMCO) berikutan terdapat penambahan 11 kes positif Covid-19 bagi kluster Sivagangga kelmarin.

Advertisement

Keputusan berkenaan melibatkan  tiga mukim di daerah Kubang Pasu iaitu mukim Ah, Mukim Hosba dan mukim Binjal manakala Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap.

“Pelaksanaan TEMCO melibatkan kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba,” kata kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri selepas mesyuarat dengan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Kenyataan itu juga menyebut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah mengarahkan lima sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menegah Kebangsaan Hosba, Sekolah Kebangsaan  Hosba, Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa serta Sekolah Kebangsaan Megat Dewa dan Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap.

“Penutupan berkenaan berkuatkuasa 2 ogos sehingga 29 Ogos melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh permerhatian,” katanya.

Justeru itu pihak MKN negeri juga menetapkan guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan hadir bertugas, manakala guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO juga tidak dibenarkan datang ke sekolah di kawasan TEMCO.

Katanya juga kebenaran untuk melalui kawasan TEMCO hanya bagi guru yang tinggal dan mengajar di luar kawasan terbabit selain pihak yang terlibat dalam ‘essential services’.

Walau bagaimana pun kata beliau perkara berkenaan tertakluk kepada perubahan di peringkat pusat.- HARAKAHDAILY 3/8/2020