Muafakat Nasional Muar anjur majlis korban

MUAR: Muafakat Nasional Parlimen Muar telah berjaya mengadakan program ibadah korban menyembelih dua ekor lembu pada program yang dilangsungkan di Taman Bunga Raya, di sini kelmarin.

Advertisement

Program telah dipimpin bersama oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Muar, Abd Aziz Talib dan Ketua Umno Bahagian Muar, Dato’ Seri Razali Ibrahim, selain turut dihadiri Naib Yang DiPertua PAS Muar, Dr Mohammad Taslim.

Dalam ucapan singkat mereka, kedua-dua wakil mengharapkan program kerjasama Muafakat Nasional ini akan berterusan demi mengeratkan perpaduan antara PAS dan Umno terutama bersedia menghadapi PRU15.

Sementara itu, PAS Muar juga meneruskan program korban berikutnya dengan penglibatan daripada para peserta Cawangan-cawangan PAS di DUN Maharani dan DUN Balang sepanjang empat Hari Tasyrik.

Secara keseluruhan, sebanyak 26 ekor lembu telah disembelih secara berperingkat di pusat penyembelihan ditetapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan daging diagihkan di 33 Cawangan. – HARAKAHDAILY 3/8/2020