PAS Sabah sedia tanding di kerusi berpotensi

PAS Negeri Sabah sudah mengenal pasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

PAS Sabah sudah memuktamadkan beberapa kerusi pilihan dan selebihnya diserahkan kepada PAS Pusat untuk berunding dengan rakan-rakan politik lain.

Sebagai gambaran awal, PAS sentiasa menonjolkan calon-calon yang penuh karisma dan berintegriti serta pasti mampu menjalankan amanah kepimpinan secara adil dan saksama.

Advertisement

PAS Sabah mengambil pendekatan mesra dengan semua rakan politik khususnya di Sabah dan perkara yang paling utama adalah mendapat kemenangan dalam PRN yang akan datang.

Kami akan terus buktikan semangat setia kawan seperti yang telah dibuktikan dalam Pilihan Raya Parlimen Kimanis sehingga berjaya mencapai kemenangan.

PAS Sabah penuh yakin seandainya semangat setia kawan ini diteruskan pasti akan membuahkan kemenangan yang sangat manis.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
3 Ogos 2020 – HARAKAHDAILY 3/8/2020