Takziah buat keluarga mangsa

BERITA duka telah diterima dari Negeri Di Bawah Bayu, satu kemalangan maut yang melibatkan aktivis muslimat PAS Kalabakan telah berlaku pagi ini.

Dayana Damsah yang merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Kalabakan telah disahkan kembali kepada Yang Maha Esa akibat kemalangan tersebut.

Seorang lagi AJK Dewan Muslimat kawasan itu, Hasnaini Pajori yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut dilaporkan cedera parah.

Advertisement

Kereta yang dinaiki mereka telah menjunam ke dalam Sungai Merotai Besar yang terletak di sebelah jalanraya.

Dimaklumkan bahawa Almarhumah Dayana Damsah baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada hujung Julai lalu.

Selain Dayana, seorang lagi mangsa dari empat yang terlibat dalam kemalangan itu turut sama kembali ke rahmatullah.

Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan takziah kepada ahli keluarga Almarhumah Dayana Damsah dan seluruh sahabat handai khususnya Ahli Dewan Muslimat PAS Sabah.

إنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali,”

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهما وَارْحَمْهما وَعَافِهما وَاعْفُ عَنهما وَأَكْرِمْ نُزُلهما وَوَسِّعْ مُدْخَلَهما وَاغْسِلْهما بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهما مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهما دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهماِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهما وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهما وَأَدْخِلْهما الْجَنَّةَ وَأَعِذْهما مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunkanlah dia, rahmatilah dia, selamatkan dia daripada perkara buruk dan maafkanlah dia. Muliakan ketibaannya, luaskan tempatnya, serta mandikan dia dengan air ssejuk salji. Bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran. Gantikan untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur,”

SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Ogos 2020/ 15 Zulhijjah 1441H – HARAKAHDAILY 5/8/2020