‘Jangan tunggu cemas baru nak pindah’

    KEMAMAN: Para penduduk yang terlibat dengan kediaman dilanda banjir dinasihatkan supaya membuat persiapan awal menghadapi kemungkinan berlakunya banjir.

    Advertisement

    Menurutnya, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah disediakan pihak Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah-daerah Kemaman di lokasi yang telah ditetapkan.

    Menurutnya, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah disediakan pihak Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah-daerah Kemaman di lokasi yang telah ditetapkan.

    “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula sudah mula menempatkan bekalan bantuan bencana di pangkalan hadapan di masjid kampung ini sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh ini.

    “Lebih utama jaga keselamatan anak-anak supaya tidak bermain air banjir kerana arus deras boleh membahayakan,” ujar beliau.

    Menurut Ir Saiful Azmi lagi, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah mengikuti kursus persediaan menghadapi bencana dan telah dilatih dari segi persediaan mental dan fizikal.

    “Kita sudah mengambil langkah awal bagi melakukan segala persiapan itu supaya tidak timbul halangan apabila berlaku banjir,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 8/12/2019