PAN mahu kuasai pusat pemindahan banjir

    Pemuda PAS Pasir Tumbuh membersih rumah yang ditenggelami banjir.

    KOTA BHARU: Usaha Parti Amanah Negara (PAN) mahu menguasai pusat pemindahan sementara (PPS) di Dun Pasir Tumbuh tidak kesampaian memandangkan mereka tidak menganggotai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

    Advertisement

    Berikutan itu mereka memfitnah kononnya Adun Pasir Tumboh Ustaz Abdul Rahman Yunus tidak membantu mangsa banjir.

    Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD) Pasir Tumboh Ustaz Zahari Mohd Nor berkata, dakwaan itu tidak benar, pemimpin PAN hanya menangguk di air keruh.

    “Apa yang dikhabar dalam media sosial baru-baru ini tidak benar, malah kita ada petugas yang ditempatkan 24 jam di PPS Sekolah Kebangsaan Tiong.

    “Mereka melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada wakil rakyat, kerana usaha mereka hendak ‘control’ PPS atas nama parti tidak berjaya. Mereka hanya mahu mengambil kesempatan,” katanya di sini.

    Zahari juga berkata, seramai 48 mangsa banjir daripada 11 keluarga di Kampung Tiong dipindahkan ke PPS terbabit. – HARAKAHDAILY 4/12/2019