MPKB BRI bandar raya penuh 3 tahun lagi

    KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjangkakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan mendapat status bandar raya penuh tiga tahun lagi.

    Advertisement

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, pelbagai perkara perlu dipertingkatkan termasuk pendapatan tahunan.

    Katanya, setakat ini jumlah hasil diperolehi hampir RM70 juta sedangkan untuk mendapat taraf bandar raya penuh perlu sekurang-kurangnya RM100 juta.

    “Selain itu penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran MPKB BRI perlu 200,000 orang,” katanya selepas menyaksikan pelantikan 24 anggota Majlis MPKB BRI mengangkat sumpah menerima jawatan di sini semalam.

    Oleh itu kata beliau MPKB BRI akan mempertingkat usaha untuk menjayakan hasrat itu dengan sokongan padu semua pihak.- HARAKAHDAILY 10/1/2020