Seramai 1,025 JPKK dilantik

LANGKAWI: Mesyuarat Exco kali kali ini telah meluluskan perlantikan 1,025 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan 1,025 setiausahanya.

Perkara demikian diumumkan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, dalam sidang media tengahari tadi.

Advertisement

Selain itu jelas beliau, terdapat sebelas lagi jawatankuasa tambahan yang dilantik bagi setiap kampung.

“Untuk tahun 2020 ini, kita meneruskan bajet yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini dan mengekalkan jumlah pemegang jawatan yang ditetapkan.

“Tetapi pada tahun 2021 nanti, akan ada penambahan mengikut keperluan terutama di kampung-kampung yang bermasalah,” tegasnya.

Sanusi berkata, ada dari kalangan Pengerusi JPKK yang terpaksa mengawal lebih dari sebuah kampung dan ini menimbulkan masalah kepadanya.

Justeru itu, kerajaan melihat ada keperluan jumlah tersebut perlu ditambah.- HARAKAHDAILY 24/6/2020