COVID-19: Kenapa orang Islam disumpah seranah?

RAMAI yang sukar memahami mengapa sesetengah orang bukan-Islam sanggup menyumpah seranah orang Islam kerana didakwa menjadi penyebar COVID-19.

Advertisement

Memang satu fakta bahawa majoriti penghidap COVID-19 di negara ini datangnya daripada kluster Tabligh yang menghadiri ijtimak di Masjid Jamek Sri Petaling.

Bagaimanapun, jika ada yang perlu dipersalahkan maka Kerajaan terdahululah yang perlu memikul bebannya kerana mereka yang meluluskan ijtimak tersebut.

Begitupun, satu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah, selain orang Islam, orang bukan-Islam adalah antara yang terawal menghidap COVID-19, termasuklah:

(1) Pada 10 Mac 2020, The Church of Our Lady of Guadalupe (OLOG), Puchong, mengesahkan 3 ahli mereka menghidap COVID-19, rujukannya di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/10/2-more-church-members-down-with-covid-19/

(2) Pada 17 Mac 2020, kematian pertama COVID-19 dicatatkan di negara ini dari the Emmanuel Baptist Church Kuching, rujukannya di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/17/pastor-from-sarawak-is-first-covid-19-fatality-in-malaysia

(3) Pada 20 Mac 2020, selain the Emmanuel Baptist Church Kuching, the Good News Fellowship Conference Church Kuching, begitu juga dengan majlis makan malam DAP di Kuching pada 7 Mac 2020 dan Josephian Day di SMK St Joseph, Kuching, pada 13 Mac 2020, turut dikenalpasti sebagai penyebar COVID-19, rujukannya di sini: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/20/sarawak-identifies-four-possible-covid-19-clusters/1848412 dan di sini: https://www.theborneopost.com/2020/03/27/covid-19-positive-cases-up-by-15-in-sarawak-total-stands-at-110/

(4) Pada 21 Mac 2020, the Damansara Utama Methodist Church (DUMC), Petaling Jaya, mengesahkan 3 ahli mereka menghidap COVID-19, rujukannya di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/21/three-pjchurch-members-test-positive-for-covid-19

Soalnya ialah kenapa kes-kes COVID-19 yang membabitkan orang Islam sahaja yang ditonjolkan. Sedangkan kes-kes COVID-19 yang membabitkan orang bukan-Islam disenyapkan? Dan mengapakah wabak COVID-19 pun mahu dijadikan sebagai isu keagamaan?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 5/4/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.