Kita kekang keganasan dalam, dilanda keganasan luar

KALAUPUN Malaysia belum jadi juara tetapi ia muncul sebagai pihak yang amat ketera membendung apa yang dikira keganasan Islam dalam negeri. Sepanjang Syria sekitar lima tahun ini agak ketara bilangan orang Islam tempatan jadi sasaran keselamatan kerana dikatakan anasir keganasan antarabangsa.

Advertisement

Dan Malaysia amat aktif menentang keganasan itu dalam forum antarabangsa, sama ada membekal maklumat atau memberi kerjasama dengan negara luar atau memberikan contoh apa yang Malaysaia buat bagi membendung apa yang dikatakan ancaman itu.

Agak payah untuk memberi ulasan bebas atau pandangan kedua atas topik itu kerana takut terperangkap dengan tohmah menyokong keganasan atau memberi semangat kepada isu amat sensitif dalam dan luar negeri itu.

Macam zaman konfrantasi dengan Indonesia dulu, ramai yang cuak untuk berhubung dengan orang Indonesia yang dikenali dan lama menetap di sini kerana mudah dikira memberi perlindungan atau bekerjasama dengan pihak itu.

Jika ada yang tidak disenangi atas tindakan mengekang keganasan Islam itu, maka komen dibuat dalam hati saja.

Tidak pasti orang-orang diperhati polis itu menyulitkan keselamatan kepada negara ini. Rata-rata yang dicekup itu dikatakan hendak berjuang di bumi Islam yang hendak melepaskan belenggu yang dihadapi oleh Islam di sana.

Seperti semasa perang Afghanistan diduduki Soviet dulu ramai umat Islam dari luar jadi mujahidin di Afghanistan. Penyertaan itu dikatakan atas seruan jihad. Boleh dikira semua negara Islam menjadkan mereka orang yang dikehendaki termasuklah Malaysia sendiri. Sekaliannya menghadapi risiko tinggi bila balik ke negara masing-masing.

Rata-rata mereka menyambut seruan jihad dan cintakan syahid. Sedang dunia seluruhnya tiada sikap ikhlas membela negara dan umat Islam yang tertindas itu.

Apa yang dibimbangi mereka yang dicurigai itu menerima nasib yang sama dengan orang-orang awal menerima Islam dulu. Mereka diancam dan disiksa oleh musyrikin jahiliyah kerana mereka menganut dan menyembah Tuhan yang satu. Jika ada jenayahnya ialah mereka menjadi orang Islam.

Tidak dinafikan antara yang jadi Islam ada yang jadi ahli neraka, tetapi bukan mudah orang Islam yang khususnya yang berkuasa bagi menentukan orang jadi Islam itu ahli neraka. Maka orang Islam dan penguasa di kalangan Islam jangan mudah memangsakan orang Islam yang tidak disenangi oleh musuh Islam dan mengira mereka adalah benar-benar musuh sedang mereka dimusuhi oleh anti Islam luar negeri.

Ditakuti sikap kita leih sudu dari senduk. Jika kita tidak menyokong orang sesiapa yang menyokong orang yang membela umat Islam yang dizalimi. Maka janganlah kita musuh kepada mereka yang hendak membela saudara-saudara mereka.

Peka kita kepada isu-isu keganasan itu adalah wajar. Berhati-hati itu adalah dikehendaki. Tetapi jangan lebih sudu dari senduk dan jangan sampai jadi orang yang tidak adil orang Islam yang adil.

Kita setuju kita berwaspada. Kita tidak mahu umat Islam di negara kita terlibat dalam keganasan kerana keganasan itu bukan cara Islam.

Dunia puji kita kerana kita berjaya mengekang keganasan dalam negeri. Tapi kita mulai dilanda keganasan luar negeri. Setahun dulu abang pemimpin Korea Utara dibunuh di sini oleh agen negara itu. Seminggu ini imam Palestin yang menetap di sini tentunya patriot bangsa itu dibunuh oleh perisik Yahudi.

Keganasan asing menjadikan kita tidak selamat juga, dibimbangi kemungkinan ia gara-gara tidak cermat atas orang Islam yang hendak membela Islam. – HARAKAHDAILY 26/4/2018