Long War: Atas tanah dan bawah tanah

PERANG Panjang (Long War) pasca 2001

(1)     Pada 2004, General John Abizaid membawa istilah ‘Perang Panjang’ menjadi terkenal.  Ketika itu, beliau menjadi komandan USCENTCOM.

(2) ‘Perang panjang’ telah dipertahankan sebagai istilah seni melalui penggunaannya dalam beberapa buku selepas itu, antaranya ‘Winning The Long War’ karangan Carafano and Rosenzweig pada 2005 [Gambar 1].

Advertisement



Buku ini lebih menceritakan mengenai kajian terhadap Perang Dingin 1945-1991 dan bagaimana strategi mereka menghadapi pesaing-pesaing Amerika pasca 1991 atas label keganasan.

(3)     Sepertimana yang kita ketahui, pasca kejatuhan Soviet pada 1991 Amerika tercari-cari kuasa-kuasa yang berpotensi menjadi pesaing mereka. Antaranya ialah Islam.

Justeru, mereka melihat bahawa Islam dengan cerminan keganasan. Ini kerana awal 90-an menyaksikan bagaimana sistem demokrasi yang disusun oleh Barat, berjaya ‘ditembusi’ oleh Islam.

(4)     Parti-parti Islam yang menang di medan demokrasi menjadi kebimbangan mereka, termasuk PAS di Malaysia. Justeru, mereka perlu mencorakkan Islam itu dengan watak pengganas (Islamophobia)

Ini kerana mereka bimbang akan munculnya siri Perang Panjang selepas 46 tahun berentap dengan Soviet. Mereka membuat kajian terperinci untuk memenangi Perang Panjang sesi akan datang.

(5)     Justeru, mereka mencipta agenda 11 September 2001 bagi mewujudkan fenomena keganasan Islam. Kajian-kajian ‘atas tanah’ diperhebatkan untuk merencana strategi mereka menghadapi keganasan (kononnya).

Pakistan vs India dan menjayakan agenda

(1)      Perang Panjang ini dikaji oleh Amerika sebagai persiapan untuk menjuarainya (kononnya) dan mencari peluang untuk mengagendakan percaturan terhadap kuasa-kuasa lain.

Contoh Perang Panjang yang diagendakan oleh Barat ialah persempadanan Pakistan dan India pada 1947. Persempadanan tersebut ditentang sendiri oleh pimpinan India.

Antaranya Mahatma Ghandi. Antara yang diduga oleh beliau ialah bimbang Pakistan dan India akan menjadi Perang Panjang. Hal ini boleh disaksikan realitinya hari ini.

(2)     Apa yang boleh kita fahami, Perang jangka masa Panjang ini sangat menguntungkan Amerika;

a-     Dalam The Grandchess Board 1997 mereka merancang untuk memastikan supaya tiada kuasa besar yang mendominasi Eurasia.

b-     Dalam Yinon Plan 1982 mereka merancang untuk menghuru-harakan beberapa kawasan di Benua Afrika.

c-     Dalam New Middle East lukisan Ralph Peters 2006 dan Robin Wright 2013, lebih menggambarkan Long War itu memberi saham kepada kestabilan Israel Raya.

Justeru, dengan kewujudan Perang Panjang adalah jalan yang terbaik untuk mereka mengagendakan sesuatu atas tiket rasmi. Tujuan Amerika cuma satu, iaitu menjadi juara.

Kajian RAND Corporation ‘atas tanah’

Dalam kajian RAND Corporation pada 2008 telah menerbitkan sebuah kajian yang bertajuk Unfolding The Future Of The Long War [Gambar 2] setebal 230 halaman ada mengkaji mengenai ‘Long War’ secara khusus.



(1)     Amerika Syarikat kini terlibat dalam apa yang telah dicirikan sebagai ‘Perang Panjang’. Perang Panjang ini telah digambarkan oleh sesetengah orang sebagai ‘epik’.

(2)     Perjuangan yang mereka labelkan terhadap Islam ialah: Penentangan terhadap musuh yang membantah pembentukan dunia Islam yang bersatu padu bagi menghadapi dominasi Barat.

(3)     Kajian ini menerangkan konsep perang yang panjang dan mengenal pasti potensi-peluang terhadap plan perancangan Amerika. Mereka meletakkan 3 faktor utama yang menyumbang kepada Long War iaitu, Kerajaan, Idealogi dan Keganasan.

(4)     Di awal ‘ muqaddimahnya’ menceritakan mengenai ‘Framework for Understanding the Long War’ cara Amerika;

As seen in Figure [Gambar 3 dan 4], one way to think about the potential threats the United States faces in the long war is to consider the confluence of three problems raised by the war: those related to the ideologies espoused by key adversaries in the conflict, those related to the use of terrorism, and those related to governance (i.e., its absence or presence, its quality, and the predisposition of specific governing bodies to the United States and its interests). The goal of this report is not to determine which of these areas is the key problem. Instead, we take the stance that to ensure that this long war follows a favorable course, the United States will need to make a concerted effort across all three domains.



Salafi-Jihadism label Amerika

(1)     Long War merupakan alasan dan peluang untuk Amerika masuk campur dalam politik sesebuah negara. Justeru, mereka perlu cipta beberapa konsep untuk ‘merealisasikan’ perancangan mereka.

Poin utama yang menjadi pemerhatian mereka ialah label Salafi-Jihadism yang dilabelkan pada gerakan-gerakan Islam. Ini kerana SJ dari sudut pandang mereka mampu menggugat Amerika.

(2)     Justeru golongan yang diklasifikasikan sebagai SJ harus dipotretkan sebagai pengganas. Antara mangsa terhadap agenda ini antaranya Imam Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb.

Sebab itu tidak pelik mereka terus menerus meng‘attack’ kedua-dua individu ini. Dengan meng ‘attack’ kedua-duanya, kononnya membenteras Perang Panjang atas nama sektarian.

(3)     Justeru, untuk berhadapan dengan SJ ini, Amerika perlu menggunakan konsep Divide And Rule;

Divide and Rule focuses on exploiting fault lines between the various Salafi-jihadist groups to turn them against each other and dissipate their energy on internal conflicts. This strategy relies heavily on covert action, information operations (IO), unconventional warfare, and support to indigenous security forces. Divide and Rule would be the obvious strategy choice for the “Narrowing of Threat” trajectory as the United States and its local allies could use the nationalist jihadists to launch proxy IO campaigns to discredit the transnational jihadists in the eyes of the local populace. In the “Holding Action” trajectory, Divide and Rule would be an inexpensive way of buying time for the United States and its allies until the United States can return its full attention to the long war. U.S. leaders could also choose to capitalize on the “Sustained Shia-Sunni Conflict” trajectory by taking the side of the conservative Sunni regimes against Shiite empowerment movements in the Muslim world.

RAND Corporation dan CTC ‘Di atas tanah’

(1)     ‘Long War’ dalam laporan RAND Corporation hanyalah bersifat atas tanah. Hakikatnya di sana ada satu strategi lain di ‘bawah tanah’ seperti mana yang saya nyatakan di awal tadi.

Iaitu persempadanan Pakistan dan India. Mereka menjadikan faktor-faktor yang mendorong kepada Long War sebagai alasan untuk ‘menceroboh’ negara-negara lain.

(2)     Bukan sekadar itu, mereka turut meng‘create’ faktor-faktor tersebut sebagai alasan untuk melaksanakan pelan atas tanah mereka. Hakikatnya mereka punyai rancangan bawah tanah.

Antaranya peristiwa Darfur (2003/04) yang didalangi oleh Barat sehingga menyebabkan kematian 200,000 orang dan lebih 2 juta orang menjadi pelarian. Secara atas tanahnya, ia dikaitkan dengan jenayah Omar Basyer.

Akan tetapi dalam di bawah tanahnya ia adalah agenda Barat untuk menguasai kawasan yang subur dengan petroleum itu. Apatah lagi peristiwa ini pasca 11 September 2001.

(3)     Sama juga sepertimana yang saya katakan tadi, dalang-dalang keganasan di Mesir akan ‘ditala’ kepada Ikhwan Muslimin yang telah dipotretkan oleh mereka sebagai pengganas.

Label ini diberikan kepada Salafi Jihadism mengikut pengkelasan Amerika. Justeru, di ‘bawah tanahnya’ mereka akan dapat untung besar untuk memprojekkan Deal Of The Century yang melibatkan Sinai

(4)     Boleh lihat kepada penubuhan Combating Terrorism Center (CTC) yang ditubuhkan pada 2003. Pada 2006 mereka menerbitkan The Militant Ideology Atlas.

Hakikatnya ia sebagai rangka menjayakan agenda bawah tanah mereka. Antaranya Pemetaan Semula Asia Barat (New Middle East) yang saya ada nyatakan di awal tadi.

‘Selling The Long War’ label CTC

(1)    Pada November 2018 CTC ada menyiarkan satu tulisan yang bertajuk ‘Selling the Long War: Islamic State Propaganda after the Caliphate’ tulisan Michael Munoz.

Tulisan ini secara terus terangnya dilihat membina naratif-naratif keganasan di kawasan Asia Barat mengikut ‘garis panduan’ projek New Middle East.

(2)     ‘Mentala’ keganasan itu kepada ISIS yang sememangnya ditaja oleh mereka sendiri. Tetapi teknik ‘talaan’ ini berobjektifkan kepada Islamophobia. Islam jadi mangsa.

a-     Secara tak langsung, agenda ini dibakar bagi merasionalisasikan hujah Muslim Moderate yang menafsirkan Islam secara Liberal. Beberapa istilah dalam Islam dipersembahkan

Antaranya syurga, taqwa, bidadari, Tuhan bersama dalam perang dan sebagainya seolah-olah mempotretkan ketahyulan Islam. Ini antara suara yang dibawa oleh ISIS sendiri.

Kebetulan atau terancang? Ini antara bentuk-bentuk doktrinisasi yang membawa kepada ‘keuntungan’ Barat. Iaitu Muslim Moderate, Progresif dan sebagainya menjadi semakin wajar untuk diterima oleh Umat Islam.

c-     Secara tak langsung juga, jurang sesama Umat Islam semakin hari semakin membesar. Perselisihan sesama Umat Islam juga semakin ‘wajar’ untuk dibaja.

Gerakan Islam secara automatiknya akan ditolak secara rasional oleh masyarakat awam yang terpesona dengan pendekatan ‘realiti’ golongan Moderate.

Dalam masa yang sama, konsep aqidah perjuangan, konsep yakin dengan kemenangan Islam semakin malap dan dilihat kolot. Mereka yang berhujah dengan aqidah akan ditolak oleh generasi baru Islam.

Neo-Ideology War

(1)     Sebab itulah kajian RAND Corporation yang saya nyatakan di awal tadi, lebih kepada projek atas tanah untuk memperlihatkan rasionalisasi pemerintahan Amerika.

Seolah-olah minda masyarakat dunia sedang dikawal oleh Amerika. Naratif yang mereka timbulkan dengan kajian kajian ini membawa kepada penguasaan minda cara baru.

(2)     Boleh dinamakan sebagai Neo Idelogy War. Kaedah-kaedah serangan pemikiran cara lama dengan menggunakan intelligent, orientalism dan sebagainya sudah berubah pelan.

a-     Intelligent zaman dulu seperti TE Lawrance dan Snouck Hugronje mungkin terpaksa mengorbankan sebahagian besar hidupnya untuk ‘mengabdikan’ diri sebagai intelligent.

Mereka terpaksa membiasakan diri dengan kehidupan bangsa yang ingin dipropagandakan sepertimana Lawrance Arabia yang dilihat lebih Arab daripada orang Arab.

b-     Namun, strategi pada hari ini, intelligent perlu lebih berstrategis menguasai mode negara-negara tertentu. Media adalah robot baru yang menggantikan tugasan berat intelligent tadi.

Media akan memainkan peranan menimbulkan persepsi dan fenomena. Hal ini telah saya nyatakan dalam artikel-artikel sebelum ini.

Kalau intelligent perlu hidup sebumbung dengan bangsa yang ingin dijajah, tetapi media sudahpun sebati di dalam kepala mangsa yang ingin dijajah mindanya. – HARAKAHDAILY 12/11/2019