Mengapa bukan-Islam suka kacau, hina perundangan Islam?

PADA 2 Ogos 2018, dua wanita Islam dijatuhkan hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba melakukan perhubungan seks sejenis (musahaqah) di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, pada 8 April 2018 di bawah Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen sama.

Laporan mengenainya boleh dibaca di sini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/461036/pasangan-lesbian-didenda-sebat

Advertisement



Pada 3 September 2018, dua wanita Islam ini pun dihukum sebat enam kali.

Laporan mengenainya boleh dibaca di sini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469228/lesbian-menangis-ketika-jalani-hukum-sebat




Menyusulinya, pada hari yang sama, Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago, segera membuat kenyataan media berbunyi:

(1)     “Kita mesti berhenti mensasarkan komuniti LGBT, kita mesti berhenti menceroboh privasi mereka, kita mesti berhenti mendera mereka.”

(2)     “Menjenayahkan hubungan seks sukarela antara dua orang dewasa adalah satu pencabulan ke atas hak asasi manusia.”

(3)     “Kerajaan baru PH, yang diundi atas premis keterbukaan, mesti memansuhkan semua undang-undang yang menjenayahkan hubungan seks sejenis tanpa sebarang penangguhan.”

Laporan mengenainya boleh dibaca di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/09/03/klang-mp-to-govt-repeal-all-laws-that-criminalise-homosexuality/




Pada 7 November 2019 pula, empat lelaki Islam dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan, denda RM4,800 dan enam sebatan manakala satu lelaki Islam dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan, denda RM4,900 dan enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabi’i dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki di dalam sebuah apartment di Bandar Baru Bangi pada 9 November 2018 di bawah Seksyen 52(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang dibaca bersama Seksyen 28 enakmen sama.

Laporan mengenainya boleh dibaca di sini: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/625969/terbabit-pesta-seks-songsang-5-lelaki-dihukum-penjara-sebat



Semalam, empat lelaki Islam ini pun dihukum sebat enam kali.

Laporan mengenainya boleh dibaca di sini: https://www.nst.com.my/news/nation/2019/11/540113/four-kl-men-caned-gay-sex-rights-groups-outraged




Menyusulinya, hari ini, Shamini Darshni Kaliemuthu, anak Pulau Pinang, yang kini bertugas sebagai Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, selain pernah bertugas sebagai wartawan New Straits Times, Ketua Komunikasi dan Kutipan Dana MERCY Malaysia dan Pengurus Komunikasi dan Media Monash University Sunway Campus, segera membuat kenyataan media berbunyi:

(1)     “Hubungan seks sejenis bukanlah satu jenayah, tetapi pihak berkuasa Malaysia menghina komuniti LGBTI dengan mengenakan hukuman kejam ini.”

(2)     “Hukuman kejam ke atas komuniti LGBTI ini adalah jenayah sebenar yang dilakukan di sini.”

(3)     “Pihak berkuasa Malaysia mesti memansuhkan semua undang-undang kejam ke atas komuniti LGBTI.”

Laporan mengenainya boleh dibaca di sini: https://www.amnesty.org/en/latest/news/2019/11/malaysia-caning-of-four-men-is-a-terrible-warning-to-lgbti-people-while-more-await-trial/




Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 adalah Undang-undang Islam yang dimaksudkan untuk orang-orang Islam sahaja.

Yang kamu orang-orang bukan Islam sibuk mengacau dan menghina Undang-undang Islam ini mengapa?

Hormatilah sedikit Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Islam ialah agama bagi Persekutuan”.

Hormatilah juga Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya”.

Atau kamu memang sengaja mahu cari gaduh? – HARAKAHDAILY 19/11/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.