Amalnita kolaborasi bersama PAPISMA jahit PPE

INDERA MAHKOTA: Amalnita Negeri Pahang meneruskan kesinambungan khidmat menjahit peralatan perlindungan diri (PPE) kali ini bersama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Pahang.

Advertisement

Selepas kerjasama awal dengan Pusat Kesihatan Daerah Kuantan, kini penglibatan PAPISMA meningkatkan lagi penghasilan PPE terutama ‘head cover’ dan ‘boot cover’ yang berjaya dijahit sebanyak 1,150 keping.

Wakil PAPISMA Pahang, Dr Zaiton Zakaria menganggap para sukarelawan sebaris dengan ‘frontliners’ kerana sikap yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan keperluan untuk pertahanan bersama itu.

Dalam tempoh lima sejak 3 April di pusat perkhidmatan menjahit bahagian P.P.E yang dilaksanakan di PASTI As Salam, Kampung Sungai Karang Darat itu turut mendapat liputan dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang.

Solidariti ini akan diteruskan dengan arahan menjahit ‘blue head cover’ dan ‘shoe cover’ setelah itu di mana Sukarelawan Amalnita akan menyiapkannya bergantung pada jumlah kain yang tersedia.

Untuk solidariti bersama PAPISMA Pahang ini, Sukarelawan Amalnita Pahang dipimpin oleh Pengerusi Amalnita Pahang merangkap isteri ADUN Panching, Rosmawati Bohari. – HARAKAHDAILY 10/4/2020