ASSALAMUALAIKUM W.B.T,
Sukacita dimaklumkan bahawa matahari akan Istiwa’ atau berada tepat di atas Kaabah pada 16 Julai 2018 jam 05:28 petang waktu Malaysia. Sehubungan itu, masyarakat Islam di Malaysia berpeluang melakukan semakan arah kiblat bagi mana-mana ruang solat yang didirikan. Berikut adalah tatacara semakan kiblat pada tarikh tersebut:
● Pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat mengikut waktu SIRIM. Sila hubungi 1051 untuk mendapatkan waktu sebenar.
● Perhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari.
● Perhatikan bayang objek tegak yang terhasil pada jam 05:28 petang.
● Buat unjuran garisan bayang objek tegak tersebut menghala ke arah matahari.
● Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar.
Sekian dimaklumkan, wassalam.
Disediakan oleh:
Bahagian Falak,
JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR
(Rujukan daripada Web Jabatan Mufti Selangor) – HARAKAHDAILY 16/7/2018