Ceria pagi di Fastaqim 2.0

KUALA NERUS: Islam menuntut umatnya mengamalkan kesihatan yang baik, disamping bersenam.
 
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, ini kerana akal cergas lahir dari badan yang sihat.
 
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Anak Muda Istiqamah di tapak Fastaqim 2.0 Pantai Tok Jembal, di sini pagi ini.
 
Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan hampir 1,000 hadir pada majlis itu.
 
Katanya, untuk beribadat perlukan stamina yang kuat, khususnya untuk mengerjakan ibadat haji.
 
“Ibadat harian pun sama, kalau kita tidak sehat, solat pun atas kerusi kerana tidak mampu berdiri. Kerana itu pentingnya menjaga kesihatan diri,” ujarnya.
 
Pada masa sama beliau mengingatkan peserta dalam pertandingan sukan, khususnya memancing menjaga keselamatan kerana malang tidak berbau dan bahaya mudah terkena.
 
Pagi ini acara ngail fastaqim, jetski edurance, kejohanan dam aji sedang dan si cilik berpakaian seragam sedang bermula di mana program pagi ini dimulakan dengan senam aerobik.
 
Beberapa program lagi akan berlangsung hari ini, antaranya pertandingan sukan air panjat tiang, acara berkuda, treasure hunt, bowling kelapa dan lain-lain lagi. – HARAKAHDAILY 30/9/2017
Fastapagi 2
 
Advertisement