PM gagal hormati konsep federalisme

KUALA LUMPUR: Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak di Kelantan semasa lawatan seharinya ke negeri itu kelmarin merupakan catatan sejarah yang memalukan, demikian ditegaskan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari hari ini.

Advertisement

Dakwaannya bahawa Kelantan tidak akan dapat membayar gaji kakitangannya tanpa bantuan Kerajaan Pusat menunjukkan Najib gagal memahami konsep federalisme yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.

“Ia bagaikan seakan mengulangi cerita ‘7 Janji’ yang dilontarkan beliau juga di Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

“Adalah perlu untuk difahami bahawa kerajaan negeri dan pusat mempunyai bidang kuasa masing masing mengikut jadualnya yang tersendiri.

“Kerajaan Pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri,” kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 30/1/2018

(Ikuti kritikan ditujahkan beliau yang disiarkan penuh dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat ini nanti)