Selamat Hari Polis Ke-211

SAYA mengucapkan Selamat Hari Polis ke-211 kepada semua anggota polis dan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Advertisement

Sejak penubuhannya sehingga kini, kerana tugasan pasukan inilah, dengan izin Allah keselamatan dan keamanan rakyat dan negara dalam segenap sudut sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Moga mereka beroleh pahala murabitun sebagaimana disebut dalam Hadis Nabi s.a.w. merujuk kepada mereka yang mewakafkan diri menjaga sempadan negara dari ancaman musuh.

Sabda Nabi s.a.w:

رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا

“Ribat (berkawal di sempadan) sehari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.” (Hadis Sahih Bukhari)

Sewajarnya semua pihak memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pasukan ini dan setiap anggotanya sesuai dengan peranan dan sumbangan yang telah mereka curahkan.

Kebajikan mereka terutamanya pada aspek penyediaan rumah kediaman yang selesa dengan persekitaran yang kondusif dan pemberian gaji yang setimpal dengan tugasan mereka dan kos sara hidup semasa mestilah diberikan lebih perhatian oleh Kerajaan. Isu penyelenggaraan berek polis dan tuntutan bayaran oleh anggota berpangkat rendah terutamanya mesti disegerakan. Peluang untuk mendapatkan kediaman selepas pencen bagi mereka yang tidak mempungai kediaman boleh menjadi sebahagian agenda kerajaan sebagai hadiah buat mereka.

Saya mendoakan semua anggota PDRM sentiasa hidup bahagia bersama ahli keluarga masing-masing, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

”Polis dan Masyarakat Berpiasah Tiada”

”Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
25hb Mac 2018 – HARAKAHDAILY 25/3/2018