Tidak salah Tun M berkeyakinan sekali lagi

SAYA ditanya oleh wartawan berhubung kenyataan YAB Perdana Menteri sewaktu melawat Kelantan hari ini di mana beliau berkeyakinan Pakatan Harapan dapat menawan Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. Saya katakan, adalah tidak salah Tun M berkeyakinan sekali lagi untuk menawan Kelantan kerana ‘yakin’ bukannya satu kesalahan di dalam negara ini.

Advertisement

Sebagaimana Tun M pernah yakin bahawa BN akan menawan Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum 1999, begitu jugalah beliau juga yakin bahawa BN akan menawan Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum 2013.

Bahkan di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu pun, beliau yakin bahawa Pakatan Harapan mampu menawan Kelantan walaupun kemudiannya Pakatan Harapan tidak menang satu kerusi pun di negeri ini.

Jadi, apa salahnya untuk beliau berkeyakinan sekali lagi. Tiada apa-apa yang salah pada keyakinan beliau itu.

USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
10 November 2018 – HARAKAHDAILY 10/11/2018