PAS Johor gesa isytihar darurat

BADAN Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ) telah melihat dengan penuh teliti isu yang sedang dihadapi oleh penduduk di Pasir Gudang yang melibatkan pencemaran sisa kimia sehingga ratusan penduduk terpaksa dirawat di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih dan ada yang terpaksa dibawa ke Hospital Sultan Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) yang kebanyakannya melibatkan golongan pelajar sekolah yang dipercayai terhidu gas kimia berbahaya.

Advertisement

Walaupun kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Johor pada lewat petang tadi bahawa keadaan masih terkawal namun BPPNJ mendapati bahawa keadaan sebenarnya semakin membimbangkan kerana masih lagi terdapat penduduk terpaksa dikejarkan ke pusat rawatan.

Justeru, BPPNJ menggesakan agar Kerajaan Negeri Johor perlu mengambil tindakan yang lebih serius dengan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan Pasir Gudang dengan serta- merta supaya punca sebenar pencemaran tersebut yang telah dikenalpasti itu dibersihkan dan diuruskan dengan sebaiknya.

USTAZ ABDULLAH HUSSIN
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
13 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 13/3/2019