Idol: Berhala moden dan barah Hedonism

PERKATAAN  berhala yang disebut di dalam al-Quran merujuk kepada patung yang disembah. Tetapi di dalam kamus-kamus Bahasa Arab tidak mengkhususkan kepada patung semata-mata. Boleh jadi ia hanya sekadar gambar. Patung pula tidak dikhususkan kepada material batu semata-mata. Boleh jadi kayu, emas dan sebagainya. Namun, ada juga ahli Bahasa Arab yang membezakan antara patung, dan berhala [1].

Advertisement

Di dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan maksud berhala ialah patung-patung dewa yang dipuja oleh beberapa golongan bukan Islam. Ia juga boleh bermaksud kuil, iaitu rumah khas tempat memuja patung-patung dewa. Walau bagaimanapun kita harus faham kata kunci dalam istilah berhala ini ialah sesuatu yang dipuja dan disembah

Dari sudut Bahasa Inggeris, Berhala adalah patung atau sebarang objek yang mewakili dewa-dewi di mana dalam penyembahan atau pemujaan keugamaan ditujukan atau sebarang orang atau benda yang dihormati, disayangi, atau ditaati secara membuta tuli (“blind admiration, adoration, or devotion“). Secara mudahnya dalam Bahasa Inggeris ia diterjemahkan sebagai idol [2]

Contohnya perkataan “penyembahan berhala” diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai “idolatry“, merujuk kepada menyembah dan memuja. Penyembahan dan pemujaan terhadap sesuatu objek, menyebabkan objek tersebut dikenali sebagai idol. Idol atau Berhala itu tidaklah salah kerana ia hanyalah seketul batu atau kayu. Tetapi yang salahnya ialah perbuatan menyembah dan memuja selain Allah itu yang diharamkan.

Di dalam al-Quran banyak menceritakan bahawa golongan terdahulu menyembah berhala. Jadi, dalam artikel ini saya cuba perkenalkan beberapa jenis-jenis berhala yang disembah, supaya kita faham apakah berhala yang sedang disembah oleh masyarakat hari ini.

Memuja orang soleh hingga tahap menyembah

Allah S.W.T menceritakan kewujudan 4 ketul berhala yang dibina di zaman Nabi Nuh A.S:

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا

“Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: “Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa’, dan Yaghuth, dan Ya’uuq, serta Nasr.””

(Nuh: 23)

Imam Ibnu Kathir ketika menafsirkan ayat ini, beliau menukilkan riwayat daripada Imam Ibn Jarir At Tabari:

وقال ابن جرير : حدثنا ابن حميد ، حدثنا مهران ، عن سفيان ، عن موسى عن محمد بن قيس ) [ يغوث ] ويعوق ونسرا ) قال : كانوا قوما صالحين بين آدم ونوح وكان لهم أتباع يقتدون بهم ، فلما ماتوا قال أصحابهم الذين كانوا يقتدون بهم : لو صورناهم كان أشوق لنا إلى العبادة إذا ذكرناهم ، فصوروهم ، فلما ماتوا وجاء آخرون دب إليهم إبليس فقال : إنما كانوا يعبدونهم وبهم يسقون المطر ، فعبدوهم .

Petikan ini menyatakan bahawa Wadd, dan Suwaa’, Yaghuth dan Ya’uuq, serta Nasr merupakan orang soleh yang hidup di antara zaman Nabi Adam A.S hingga Zaman Nabi Nuh A.S. Setelah mereka mati, para pengikutnya generasi pertama membina patung mereka sebagai tugu peringatan, untuk menambahkan kerinduan ketika beribadah.

Namun apabila generasi pertama ini sudah mati, generasi kedua diperdaya oleh syaitan menyatakan bahawa generasi pertama dulu menyembah patung-patung ini, sehinggalah generasi kedua itu pun menyembah patung patung itu kononnya mengikuti cara generasi pertama.

Patung anak lembu dan gejala murtad Bani Israel

Di dalam Surah al-A’raf ayat 138 menceritakan bagaimana Bani Israel keluar daripada Mesir dalam keadaan yang selamat. Mereka melihat kebesaran Allah S.W.T di hadapan mata, iaitu terbelahnya laut. Setelah menyeberangi Laut Merah, mereka terjumpa Bangsa Kan’an yang sedang menyembah patung berupa anak lembu:

وَجَـٰوَزۡنَا بِبَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتَوۡا۟ عَلَىٰ قَوۡمࣲ یَعۡكُفُونَ عَلَىٰۤ أَصۡنَامࣲ لَّهُمۡۚ قَالُوا۟ یَـٰمُوسَى ٱجۡعَل لَّنَاۤ إِلَـٰهࣰا كَمَا لَهُمۡ ءَالِهَةࣱۚ قَالَ إِنَّكُمۡ قَوۡمࣱ تَجۡهَلُونَ

“Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: “Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan”. Nabi Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil””

(al-A’raf 138)

Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sebahagian mufassir di dalam tafsirnya menyifatkan bahawa patung anak lembu Bangsa Kan’an inilah yang ditiru oleh mereka ketika mana Nabi Musa A.S naik gunung Sinau mengadap Allah S.W.T:

وَإِذْ وَاعَدْنَا مُوسَىٰ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ثُمَّ اتَّخَذْتُمُ الْعِجْلَ مِن بَعْدِهِ وَأَنتُمْ ظَالِمُونَ

“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).”

(al-Baqarah : 51)

Dr Sofwat Hamid Mubarak di dalam tulisannya “مدخل لدراسة الأديان” menceritakan bahawa Bani Israel selepas kematian Yusha’ bin Nun, mereka menyembah patung. Hal ini juga disandarkan dengan kenyataan di dalam Safar Qudhoh (Perjanjian Lama). Di dalam Safar Adad pula menceritakan mereka menyembah patung Kaum Mu’abiyyun dan di dalam Safar al-Muluk menceritakan bahawa seorang Raja dari kalangan Bani Israel yang bernama Yushia membersihkan Haikal Sulaiman daripada patung-patung.

Pemujaan terhadap objek langit

Di dalam kitab إبراهيم أبو الأنبياء karangan Imam Ibnu Taimiyyah, menceritakan bahawa patung sembahan kaum Nabi Ibrahim A.S adalah gabungan Materialism (berhala) dan sabaism. Sabaism adalah kepercayaan bahawa bintang-bintang atau objek langit itu sebagai tuhan. Perkara ini selaras dengan firman Allah S.W.T menceritakan kajian Nabi Ibrahim AS:

فَلَمَّا جَنَّ عَلَیۡهِ ٱلَّیۡلُ رَءَا كَوۡكَبࣰاۖ قَالَ هَـٰذَا رَبِّیۖ فَلَمَّاۤ أَفَلَ قَالَ لَاۤ أُحِبُّ ٱلۡـَٔافِلِینَ

“Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.”

(al-An’am: 76)

Kajian ini diteruskan lagi dalam ayat-ayat selepas itu. Menunjukkan bahawa selain bintang, mereka turut menyembah bulan dan matahari. Materialism merujuk kepada penyembahan berhala masyarakatnya, sabaism merujuk kepada penyembahan matahari, bintang dan bulan. Dan kepercayaan Namrud yang Atheism juga perlu diambil kira berdasarkan dialognya dengan Nabi Ibrahim A.S yang disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran

Justeru, kaum Nabi Ibrahim A.S menjelmakan bintang objek di langit sebagai berhala-berhala untuk dipuja dan disembah oleh mereka. Kepercayaan ini dikatakan berterusan sehingga diamalkan oleh masyarakat Jahiliyyah Makkah. Patung Hubal merupakan patung pertama yang dibeli dari Syam (atau Mesopotamia) dan dibawa ke Makkah sepertimana yang dinyatakan oleh Syeikh Safiurrahman al-Mubarakfuri.

Ideologi luar yang diimport masuk Makkah

Ibnu Ishaq berpendapat Hubal diimport dari Mesopotamia, yang merupakan tanah jajahan Raja Namrud, dan juga termasuk dalam kawasan Syam. Dikatakan peristiwa ini terjadi sekitar 100-200 Masihi menyebabkan munculnya patung-patung Hubal lain. Hubal adalah patung atau dewa bintang, yang agak sinonim dengan Sabaism yang merosakkan ibadat masyarakat di zaman Nabi Ibrahim A.S.

Hubal adalah berhala terbesar yang dipuja oleh Quraisy Makkah. Selain Hubal, ada juga berhala yang dinamakan Laata, Uzza, Wud. Laata adalah gambaran bagi dewa Matahari atau lebih dikaitkan dengan dewa Musim Panas. Uzza pula gambaran bagi dewa Musim Bunga. Manakala Wud adalah dewa cinta yang diambil daripada nama Pohon Cinta di Babylon.

Dikatakan juga Wud adalah hampir serupa dengan dewa Irus, yang dipercayai oleh orang Yunan Greece sebagai dewa cinta. Masyarakat Makkah asalnya beriman sepertimana ajaran Nabi Ibrahim A.S, mereka mengerjakan haji juga dengan ajaran Islam. Namun, setelah wujudnya idealogi merapu yang menyembah dewa dewa ini masuk ke Makkah, menyebabkan mereka kerjakan haji dalam keadaan bogel, dan semakin jauh tersimpang daripada ajaran asal.

Justeru, Nabi S.A.W pun dibangkitkan dari kalangan mereka untuk membetulkan idealogi mereka ke arah menyembah Allah S.W.T. Tetapi dakwah Nabi S.A.W tidak diterima, sehinggalah akhirnya selepas Fathul Makkah, segala berhala berhala itu dimusnahkan sebagai simbolik penghapusan terhadap idealogi sesat.

Konsep keberhalaan dalam dunia hiburan

Konsep penyembahan dan pemujaan hari ini sudah berevolusi kepada idol atau idola. Sepertimana yang disebutkan di awal tulisan ini, idol itu sendiri diterjemahkan sebagai berhala, kerana ia dipuja. Agama Hindu dan Budhha masih mengekalkan cara penyembahan patung. Manakala Generasi X, Y dan Z lebih cenderung kepada menyembah dan memuja “manusia”.

Penyembahan manusia ini dimaksudkan sebagai projek melahirkan artis-artis yang di”idola”kan. Di mana mereka berada, mereka ditatang bagai berhala di zaman dulu. Kalau dulu manusia memuja batu yang dirupakan dengan rupa dewa atau roh, hari ini manusia memuja manusia atas tiket hiburan.

Secara sejarahnya, alatan muzik sudah wujud pada zaman Nabi Idris A.S lagi. Yang digunakan untuk berhibur dan ber”hedonism”. Manakala artis bermaksud orang yang menghasilkan sesuatu karya seni seperti pelukis, penyajak, pemain muzik. Ia juga bermaksud penghibur, seperti penyanyi, pelakon, rakaman penyanyi atau pemuzik yang merakamkan persembahannya dalam sesebuah album dengan syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu. [3]

Sejarah hedonism walaupun dikatakan bermula sejak zaman Nabi Idris A.S, namun ia mula diistilahkan sebagai satu idealogi pada 433 SM iaitu di era Socrates. Beliau lebih menumpu kajian falsafahnya mencari matlamat akhir seseorang manusia. Lalu disambut oleh Aristippos menjawab bahawa matlamat seseorang manusia itu ialah “mengejar kesenangan”. Lalu diolah oleh Epikuros yang merupakan pendasar aliran pemikiran Epikurean (أبيقورية) menterjemahkan dalam bentuk “kenikmatan”.

Lalu generasi Epikurean mengolah kepada kebebasan daripada segala kerisauan atau dipanggil ketenteraman. Pengertian hedonisme berasal dari Bahasa Yunani “hedone” yang berarti “kepuasan”. Bahkan di dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary, “Hedonism” diertikan sebagai “the belief that pleasure should be the main aim in life.“

Rancangan Yahudi menjahanamkan generasi kemanusiaan

Setelah munculnya idealogi Hedonism, ia diolah menjadi kepuasan dan kenikmatan melayani muzik dan pemujaan artis. Seolah-olah dunia pemujaan berhala sudah beralih daripada pengabdian dewa kepada kepuasan dan kenikmatan berhibur. Masyarakat dahulu menyembah dan memuja dewa atau patung disebabkan ia dikatakan pemberi nikmat dan rezeki, yang digambarkan sebagai kesenangan.

Manakala masyarakat hari ini lebih menganggap kepuasan dan kenikmatan itu adalah pada muzik dan hiburan, serta mengamalkan seks bebas. Hakikatnya hedonism dan dunia hiburan telah pun dijadikan senjata oleh musuh Islam untuk merosakkan muda mudi pada hari ini. Mereka mempromosi lagu, mengadakan konsert dan sewaktu dengannya untuk menyuburkan lagi keghairan berseronok. Antara yang disenaraikan dalam Protokol Yahudi ke 13

“Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bangsa bukan Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek-projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bukan Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka.

Untuk mengalih perhatian orang bukan yahudi daripada memikirkan persoalan politik maka ejen-ejen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan, kesenian kebudayaan dan lain-lain lagi.”

[1] Lisanul Arab Ibn Manzur

[2] http://dictionary.reference.com/browse/idol

[3] Kamus Pelajar Edisi KeduaHARAKAHDAILY 2/10/2019