Emansipasi: Lubnan, Sudan dan Tunisia

ISU wanita yang ditimbulkan

Sejak kebelakangan ini semakin segar kembali isu kewanitaan. Apa yang jelas, ia adalah terancang, bukan kebetulan. Munculnya pelbagai propaganda tentang penindasan kaum wanita.

(1)     Sudan yang mula mengalami mode kebangkitan pada April 2019 menyaksikan bagaimana pada mulanya disebabkan isu rasuah. Namun, tak lama kemudian muncul isu diskriminasi terhadap kaum wanita.

Kes rogol, penindasan dan diskriminasi diwarnakan di atas pentas media sehingga ‘terkalih’ daripada mode membanteras salah guna kuasa, kepada isu-isu kewanitaan.

Lalu mereka menjelmakan ‘Nubian Queen’ yang berdiri di atas bumbung kereta [Gambar Kiri]. Media-media Barat mengambil kesempatan mempromosikan gambar Nubin Queen tersebut.

Alaa Salah, wanita muda yang dilambangkan sebagai Nubian Queen. Dalam artikel sebelum ini saya telah selitkan sejarah asal Nubian Queen yang merupakan lambang ke’raja’aan wanita.

Alaa Salah juga merupakan penggerak Sudanese Professionals Association (SPA) yang dilihat menjadi proksi Barat. Jadi, tidak pelik kalau katakan ia adalah terancang.

(2)     ‘Template’ yang hampir sama dengan Revolusi Sudan ialah Lubnan. Bermula dengan ketidakpuasan hati terhadap percukaian. Tetapi hari ini berubah menjadi isu kewanitaan.

Seperti biasa, perkataan ‘diskriminasi’ dipersembahkan di atas pentasan media. Setelah diteliti beberapa kali, mendapati Lubnan juga sedang dilanda Warna Revolusi.

Template Revolusi Sudan dan Lubnan

(1)     Bantahan rakyat Lubnan bermula pada 17 Oktober 2019 sebagai tindak balas kepada percubaan pemerintah untuk mengenakan cukai ke atas komunikasi pihak, khususnya, pada rangkaian sosial WhatsApp.

Namun pada November 2019 template revolusi seolah-olah dalam proses ‘editing’ apabila mula mencorakkan isu kewanitaan. Media-media Barat, seperti biasa memainkan peranan untuk meng’edit’ template tersebut.

(2)     Kalau di Sudan ada Alaa Salah, di Lubnan terkenal dengan Mariana Wahbe. Beliau adalah, seorang perunding perhubungan awam, yang terlibat dalam protes saban hari  setiap hari.

Beliau mengatakan, “Wanita telah menjadi sebahagian penting dalam revolusi ini”. Katanya lagi, “Kami berada di barisan hadapan, kami telah memperkasakan satu sama lain dan kami telah menjaga keamanan”

(2)     Kalau di Sudan, gambar Alaa Salah berdiri di atas bumbung kereta di’ikonik’kan. Manakala di Lubnan gambar seorang perempuan bernama Malak Alaywe menendang bodyguard Menteri [Gambar Kanan]

Gambar tendangan tersebut diilustrasikan dan dijadikan inspirasi terhadap kebangkitan golongan wanita dalam mode kebangkitan Lubnan. Tendangan tersebut disiarkan secara meluas oleh media.

(3)     Kalau di Tunisia, timeline-nya agak panjang. Sejak 2010/11 isu dasar ekonomi dan ‘sewaktu dengannya’ membakar semangat rakyat di sana.

Namun lama kelamaan sejak 2016 hingga sekarang, corak templatenya sudah ke arah Liberalism. Macam biasa, golongan wanita akan bangkit mempersoalkan hak sama-rata.

Antara yang ditimbulkan juga ialah kebebasan wanita Tunisia berkahwin dengan orang kafir dan isu-isu hak asasi manusia. Bertambah rare, calon-calon bebas (non partisan) boleh menang dalam pilihan raya.

Projek Yinon Plan 1982

Ketiga-tiga lokasi Lubnan, Tunisia dan Sudan dilihat dicorakkan ‘template’ revolusinya dengan isu kewanitaan. Ia diselit dalam isu-isu dasar ekonomi negara-negara tersebut.

(1)     Apa yang sedang dirancang oleh Barat? Fenomena ketidak-percayaan kepada parti politik semakin subur di Tunisia khususnya sejak 2018 lagi. Hatta Presiden yang menang pun atas nama non partisan.

Presiden Tunisia yang baru, Kais Saied menang dalam Pilihan Raya Tunisia pada 13 Oktober 2019 agak tegas terhadap Israel dan menolak sebarang usaha normalisasi.

Sebab itulah tidak pelik kalau kita katakan ada unsur-unsur gangguan Zionis terhadap kestabilan politik negara itu. Sama seperti Lubnan dan Sudan yang merupakan majoriti orang Islam.

(2)     Yinon Plan adalah sebuah artikel yang diterbitkan pada Februari 1982 dalam jurnal berbahasa Ibrani Kivunim (‘Direction’) yang berjudul ‘A Strategy for Israel in the 1980s’.

Ia merupakan contoh awal mencirikan projek-projek politik di Timur Tengah dari segi logika bahagian mazhab. Antara yang dirancang oleh Oded Yinon mengharu birukan Sudan dan beberapa negara di Afrika.

Jurnal Angkatan Tentera AS, pada tahun 2006, dan Majalah Atlantic pada 2008 kedua-duanya menerbitkan peta luas yang mengikuti garis besar Yinon Plan ini.

a-     Selain daripada Iraq yang dikerat, yang juga dipanggil Rancangan Biden, Yinon Plan menyeru untuk membebaskan Lubnan, Mesir, dan Syria.

b-     Pemisahan Iran, Turki, Somalia, dan Pakistan. Pelan Yinon juga menyeru pembubaran di Afrika Utara dan meramalkan ia bermula dari Mesir dan kemudian melebar ke Sudan, Libya, dan seluruh wilayahnya.

(3)     Pada Mac 2017, Bekas Jeneral Tentera US Wesley Clark menceritakan bagaimana mereka merancang untuk ‘mengambil’ 7 negara dalam tempoh 5 tahun, bermula dengan Iraq, kemudian Syria, Lubnan, Libya Somalia, Sudan dan akhir sekali Iran.

Bermodalkan emansipasi

(1)     Sebelum ini saya ada menulis tentang ‘Emansipasi’ yang mudah difahami sebagai ‘merasa tertindas’ atau ‘pembebasan daripada perhambaan’.

Konsep ini menjadi pencetus kepada gerakan Feminisme. Apa yang terjadi di hampir keseluruhan negara Arab (kecuali tali barut Barat) negara-negara ini huru-hara disebabkan suntikan unsur Emansipasi ini.

Masing-masing merasa tertindas. Ada yang bangkit kerana merasa tertindas disebabkan percukaian. Ada yang bangkit disebabkan isu wanita, pembudakan dan sebagainya.

Sebab itulah apabila kita melihat ‘Global Protest’ rata-rata bantahan (revolusi) tercetus disebabkan emansipasi. Hatta kanak-kanak pun antara yang ditonjolkan dalam isu pembakaran global.

(2)     Apa yang terjadi di Sudan, Lubnan dan Tunisia seperti ditemplatekan dengan isu ’emansipasi wanita’. Iaitu dipropagandakan isu diskriminasi terhadap wanita, kemudian cetuskan kebangkitan wanita menuntut hak.

Apabila kita membaca beberapa tulisan rakyat setempat ‘yang bukan wartawan media’ rata-rata mereka tertanya-tanya ‘dari mana datangnya isu-isu diskriminasi?’.

Diskriminasi apa yang berlaku sehingga perlu bangkit sedemikian rupa? Antara yang ditimbulkan oleh Richad Hall akhbar Independent bahawa Lubnan berada di ranking ke 140 dalam laporan The Global Gender Gap Report 2018.

Beliau mengaitkan bahawa dalam Parlimen, wanita cuma 6 orang daripada 128 kerusi. Beliau menimbulkan naratif bahawa faktor inilah yang mendorong kepada pembikinan undang-undang yang menindas wanita.

Seolah-olah isu ini sengaja dipersembahkan di atas pentas media. Minda pengkaji luar pastinya akan terkesan dengan template yang dicorakkan oleh media seperti ini. Sedangkan realiti sebenar tidak seperti yang ‘diperencahkan’

Negara yang dimangsakan dengan New Middle East

(1)     Tayangan di atas pentas media tentang isu Lubnan ialah hak humanisasi, dasar ekonomi dan sebagainya. Tetapi kita jangan lupa dengan strategi dasar mereka seperti Yinon Plan, New Middle East dan sebagainya.

Jika kita lihat dalam kajian tentang Israel Raya, kita akan dapati Lubnan merupakan salah satu negara yang terlibat dalam strategi ini [Gambar Bawah].

(2)     Ada 7 negara yang termasuk dalam rancangan Israel Raya iaitu Mesir, Turki, Syria, Iraq, Arab Saudi, Jordan dan Lubnan. Atau dengan kata lain, jarak antara Sungai Nil hingga Furat, serta Laut Meditranean hingga ke Teluk Parsi.

Manakala negara-negara lain yang berjiran dengan sempadan Israel Raya seperti Sudan, Iran, Eithopia dan sebagainya akan diporak-perandakan.

(3)     Impian ini telah digariskan oleh Theodor Hertzel sejak 1896 dalam bukunya. Projek ini seterusnya dilakar dengan lebih serius oleh Oded Yinon pada 1982 sehingga terbit Yinon Plan.

Lubnan, Algeria, Eithopia, Somalia, Sudan dan banyak lagi merupakan negara sasaran Yinon Plan. Pada 1983 Bernand Lewis melakar lagi projek ini dengan menamakan New Middle East.

(4)     Pada 2006 ia diupdate oleh Ralph Peters dan seterusnya Robin Wright pada 2013. Semua pelan ini adalah untuk mencorakkan dunia yang diperintah oleh Israel Raya yang diimpikan mereka.

Negara-negara yang tidak mahu menjadi tali barut Israel akan dikacau selaras dengan protokol Zionis. Dalam perancangan pasca Arab Spring 2011, ‘karya Robin Wright’ dilihat lebih jelas.

Strategi jangka masa panjang

Ada negara yang dikacau dengan emansipasi mengikut acuan Liberalism dan Humanism. Ada negara yang dikacau dengan warna revolusi. Dan macam-macam lagi ‘template’ kekacauan.

(1)     Dalam satu artikel yang disiarkan oleh Global Research bertajuk ‘What Israel Fears Most: An Encroachment to “Greater Israel”‘ karangan Stephen Lendman menyatakan;

“Sejak abad yang lalu, rancangan organisasi Zionis Dunia untuk membina negara Yahudi termasuk:

•     Palestin bersejarah;

•     Lubnan Selatan hingga Sidon dan Sungai Litani;

•     Dataran Golan Syria, Dataran Hauran dan Deraa;

•    Mengawal Keretapi Hijaz dari Deraa ke Amman, Jordan serta Teluk Aqaba.

Bahkan sesetengah Zionis mahukan lebih besar lagi iaitu tanah dari Nil di Barat ke Sungai Furat di Timur, yang merangkumi Palestin, Lubnan, Syria Barat dan Turki Selatan. ”

(2)     Manakala dalam New Middle East yang dilakar oleh Robin Wright pada 2013 [1] lebih jelas kelihatan perancangan mereka, iaitu ke arah membina kekacauan demi kekacauan.

Negara Lubnan tidak terlepas. Syria yang bersebelahan dengan Lubnan dicorakkan oleh mereka sebagai ‘pemerintahan bermazhab’ sama seperti model Iran. Iaitu Negara Alawitestan.

(3)     Selain itu, Global Research juga menyiarkan satu artikel yang bertajuk ‘Greater Israel : The Zionist Plan For The Middle East’. Artikel ini ada menyatakan:

“Deal Of The Century rancangan Trump menyokong projek ‘Greater Israel’, yang juga merangkumi penghapusan ‘hak kembali’ rakyat Palestin dengan menjadikan semula mereka sebagai warga Lubnan, Jordan, Syria, Iraq, dan di mana-mana wilayah di mana mereka tinggal”

Bahasa mudahnya DOTC adalah projek untuk ‘mengosongkan’ Palestin untuk diduduki oleh Israel sepenuhnya. Rakyat Palestin akan dihalau ke negara-negara jiran termasuk Lubnan.

[1] https://archive.nytimes.com/www.nytimes.com/interactive/2013/09/29/sunday-review/how-5-countries-could-become-14.htmlHARAKAHDAILY 14/11/2019

Advertisement