Peranan pemuda dalam organisasi

PERANAN sayap anak muda dalam sesebuah organisasi boleh diringkaskan dengan B.I.D iaitu Bantu, Imbang dan Desak.

Anak muda merupakan pembantu gerak kerja bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi. Anak muda menjadi tangan dan kaki yang menggerakkan agenda organisasi. Menjadi mata dan telinga yang mengumpul respons daripada golongan sasar. Menjadi lidah yang menyebarluaskan aktiviti dan pencapaian organisasi. Menjadi bahu yang mempertahankan organisasi andai cuba diserang secara salah.

Ambil contoh Saad bin Abi Waqqas, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Umar .

Anak muda menjadi pengimbang kepada organisasi supaya proses pentadbiran sentiasa mengikut dasar perjuangan. Memberikan pandangan kedua kepada organisasi ke arah mencapai matlamat dengan lebih baik. Menegur sebarang kepincangan dengan kaedah yang membina, bukan menjatuhkan.

Advertisement

Ambil contoh Saidina Umar, Saidina Ali, Habib bin Munzir.

Anak muda menjadi pendesak kepada organisasi supaya melaksanakan agenda yang telah dipersetujui. Sentiasa memperingatkan organisasi supaya berada di landasan yang betul. Membawa suara bawahan yang rasional agar sampai ke peringkat atasan.

Ambil contoh pemuda Ashabul Ukhdud, Ashabul Kahfi dan seluruh Sahabat muda dalam referendum perang Uhud.

Kata Imam Azzuhri:



“Jangan menganggap dirimu hina dengan usiamu yang muda. Sesungguhnya jika Saidina Umar menghadapi masalah yang sulit, beliau akan mengumpulkan orang muda meminta pandangan, mengharapkan ketajaman akal mereka.”



ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 17/1/2020