Kali pertama mengikut rutin YBTM MOSTI

ALHAMDULILLAH, sekadar cerita pengalaman kali pertama kerja sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YB Timbalan Menteri MOSTI, YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim adalah pengalaman yang sangat teruja.

Sosok tubuh yang sudah melangkaui jangkaan umur 50-an masih lagi mampu mengikuti jadual yang pack, makan pun tak sempat, berkejar ke Malaysia Genome Institute (MGI BANGI), kemudian ke Fakulti Sains Teknologi (FST) UKM sebelum ke Pro Canselori bagi bertemu muka dengan pihak pentadbiran untuk mengeratkan lagi hubungan di antara dua pihak.

Kemudian kembali ke Kementerian disebabkan mesyuarat tergempar di antara Menteri dan KSU berikutan perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri (PM), order nasi bungkus makan dalam pejabat sambil kerja lagi.

Kemudian perbincangan dengan Team Pusat Khidmat dari Kuala Terengganu, disambung lagi menerima kunjungan ILMUWAN yang semuanya tenaga pakar, PhD holders, professor, professionals di pejabat.

Advertisement

Barulah diri ini mengenali YB rupanya punyai kenalan yang ramai yang kini merupakan tenaga penting di agensi-agensi Sains, Teknologi dan Inovasi di pelbagai tempat.

Buat pengetahuan umum, YB merupakan alumni dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) dari aliran sains . Kemudian disambung pula pengajian di UKM juga aliran Sains Hayat selama 2 tahun sebelum bertukar ke accountancy dan menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan ini.

Bukan calang-calang YB kita! Amat sesuai jika YB diletakkan sebagai YB Timbalan Menteri bagi sektor Sains Teknologi dan Inovasi.

Kembali cerita program YB sepanjang bergelar YBTM ini, sepanjang minggu ini berkejar ke sana ke mari, berbincang dengan bermesyuarat dengan semua Menteri bagi mencari solusi dan bagaimana peranan MOSTI khususnya untuk tangani COVID-19.

Hasil lawatan di Malaysia Genome Institute salah satu agensi di bawah MOSTI, Pengarah MGI sendiri telah menghuraikan mengenai peranan institusi tersebut di dalam mengenal pasti dan menganalisis genome (genome sequencing) di dalam kuman COVID-19.

Proses genome sequencing ke atas enam (6) sampel daripada pesakit yang menghidap COVID-19 boleh membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam mengenal pasti ubat yang berpotensi bagi menjadi anti-virus bagi COVID-19.

Selain daripada itu, proses genome sequencing ini juga telah membantu KKM menentukan langkah bersesuaian yang perlu diambil untuk mengurangkan impak penyebaran wabak COVID-19 ini di Malaysia. MOSTI juga telah meluluskan bajet segera bagi membantu MGI untuk membuat penyelidikan berkaitan COVID-19 ini.

Selain daripada itu, perbincangan juga turut tertumpu kepada isu-isu berkaitan fungsi MGI di dalam kajian genome di Malaysia. Isu kekangan kewangan, pertindihan fungsi di kalangan agensi kerajaan, koordinasi agensi-agensi kerajaan serta fokus MGI yang semakin tersasar daripada sepatutnya menjadi institusi penyelidikan yang mengeluarkan dapatan dan diambil oleh industri akan dapatan tersebut dan dikomersialkan berbanding pihak industri yang meminta MGI untuk melakukan kajian ke atas produk komersial mereka telah dikenalpasti sebagai isu yang menghalang MGI untuk lebih bergerak ke hadapan berdasarkan fungsi MGI.

Akhir sekali, bergegas kembali ke Kementerian atas panggilan YB Menteri dan KSN bagi membincangkan perintah Kawalan Pergerakan bagi seluruh negara.

Tatkala di saat segelintir rakyat yang berfikir Menteri dan Timbalan Menteri hanya berdiam diri dan tidak melakukan action yang pantas, aku sebagai saksi mengatakan bahawa ianya tidak benar sekali.

Dalam satu setengah petang, dek terlalu sibuk mengikuti jadual yang padat, hampir terlupa mengisi perut yang kosong, hampir beliau pitam dan dinasihatkan berehat dalam bilik pejabatnya setelah makan tengah hari. Tak sampai setengah jam selepas solat Zohor, YB terus menerima kunjungan Ilmuwan yang semuanya tenaga pakar, PHD holders, professor, professionals di pejabat. Tidak lain tidak bukan, YB terus menerima kunjungan itu dengan terbuka dan senyuman yang manis.

Moga YB dan juga Menteri-menteri yang lain terus diberikan kekuatan dan ke-iltizam yang tinggi dalam usaha mengemudi dan memacu negara Malaysia ini. Terima kasih YB untuk hari yang penuh coraknya…

MUHAMMAD MOHD SOUD – HARAKAHDAILY 18/3/2020