KPDNHEP jamin kualiti kesegaran ayam di pasaran

ARAHAN PBT tidak membenarkan proses penyembelihan ayam dilakukan di pasar awam atau basah adalah untuk menjamin kualiti keselamatan dan kebersihan ayam yang diproses untuk kegunaan akhir pengguna.

Ketetapan tersebut, tidak langsung memberi kesan kepada peniaga runcit ayam di pasar awam atau basah, ini adalah kerana pembekalan ayam yang siap diproses bersih tetap dan masih boleh dibeli daripada pembekal pada harga borong yang berpatutan.

Situasi ini menjelaskan, kepada pengguna, usah khuatir dengan isu kualiti kebersihan dan keselamatan ayam di pasar awam atau basah, kerana kualiti kesegaran dan kebersihan adalah terjamin sama sekali.

Advertisement

Menyentuh mengenai variasi harga runcit ayam di pasaran pula, tentulah sekali kita dapat lihat perbezaan harga runcit di antara pasar basah atau awam dengan pasar raya. Mengapa perbezaan harga runcit ini berlaku?

Secara amnya, ialah format pasar awam membuat pembelian bukan secara pukal atau kuantiti yang terlalu banyak, ini adalah kerana penjual ayam mempunyai kos belian atau sasaran jualan tertentu mengikut anggaran pelanggannya dalam hari semasa. Berbeza, dengan pasar raya yang format pembelian secara pukal atau kuantiti banyak bagi sasaran jualan bagi tempoh 1-2 hari. Pasar raya pula mempunyai fasiliti sejuk beku yang khas bagi penyimpanan barang basah untuk jaminan kesegaran dan kualiti ayam. Konsep atau format pembelian di antara peniaga pasar awam dengan pasar raya jelas menampakkan kos belian yang berbeza dan format ini mempengaruhi dalam penentuan harga runcit kepada pengguna. Dalam bahasa mudah, beli banyak, kos beli lebih murah dan margin untung lebih tinggi. Beli sikit, kos belian agak tinggi, margin untung agak terhad dan mencabar untuk menentukan harga jual yang kompetitif di pasaran.

Walau apa pun, pengguna usah khuatir, pilihan masih ada di tangan anda. Bila nak buat pembelian tentu sekali, anda akan mengambil kira beberapa perkara, seperti nak membeli di persekitaran yang selesa, mudah tempat parkir, jarak premis jualan dari kawasan kediaman, atau sebagainya. Oleh itu, KPDNHEP ada wujudkan satu aplikasi semakan harga runcit barang keperluan harian pengguna sebagai panduan harga, iaitu aplikasi Price Catcher. Tunggu apa lagi muat turun cepat… dah muat turun baru tahu…

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA – HARAKAHDAILY 22/6/2020