Pelarian OKU Syria pelajar terbaik Universiti Turki

KEBANGKITAN rakyat Syria pada tahun 2011 telah membuka ruang untuk rakyat Malaysia membantu mangsa peperangan di Syria melalui Muslim Care Malaysia Society (MCM).

Pada tahun 2012, NGO pertama dari Asia iaitu MCM telah melancarkan misi bantuan pertama dan menjadi NGO pertama yang berjaya masuk ke Syria.

Rentetan dari misi sebelumnya pada 2014 MCM telah membuka sekolah khusus untuk anak-anak pelarian Syria yang berada di Rayhanli Turki dan pada tahun 2015 MCM membuka dua (2) buah sekolah lagi bagi manampung kebanjiran pelarian di bandar sempadan tersebut.

Advertisement

Seterusnya pada tahun 2016, MCM turut membuka dua (2) buah sekolah lagi di Ariha Idlib dan pada tahun yang sama UNICEF sebuah badan di bawah United Nation telah menganugerahkan kepada MCM sebuah bangunan sekolah Menengah memandangkan prestasi MCM yang sangat baik dalam pendidikan untuk anak-anak pelarian Syria.

Lebih 20,000 pelajar dikalangan anak-anak pelarian Syria telah mendapat pendidikan percuma di sekolah MCM. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan percuma tetapi juga bantuan makanan, pakaian dan alat-alat bantuan belajar.

Sehingga kini MCM telah membelanjakan lebih RM5 juta dan masih memerlukan RM50,000 setiap bulan bagi membiayai operasi sekolah-sekolah yang sedia ada di Syria dan bandar di Sempadan Turki.

Terkini seorang pelajar Battul Laban, dari sekolah MCM yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik Universiti Artuklu, Mardin, Turki.

Selain pendidikan MCM turut membantu rakyat Syria di Idlib dan Afrin dengan menyediakan khemah-khemah untuk penempatan pelarian bagi menghadapi musim sejuk.

“Terima kasih rakyat Malaysia diatas sumbangan yang dihulurkan untuk menyediakan pendidikan anak-anak pelarian Syria dan saya doakan agar Allah SWT mengganjari dengan sebaik-baik ganjaran InsyaAllah” kata Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Karim selaku exco MCM yang diamanahkan untuk menguruskan isu berkaitan Syria.- HARAKAHDAILY 8/7/2020