Hanya 1 kes Covid-19 hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,684 atau 96.47 peratus daripada keseluruhan kes.

Advertisement

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak satu kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9,002 keseluruhan kes.

“Satu kes penularan tempatan hari ini dilaporkan di Perlis melibatkan seorang warganegara Malaysia.

“Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 193 kes.

Hingga kini, tiada kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 125 atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan. – HARAKAHDAILY 4/8/2020