Tahniah wirawati negara

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada skuad negara yang memenangi pingat emas dalam perlawanan akhir bola jaring Sukan SEA 2017 menentang Singapura dengan keputusan 65-41 di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.

Advertisement

DMPM juga memuji inisiatif murni skuad bola jaring Malaysia yang tampil berpakaian sopan dalam setiap perlawanan mereka di Sukan SEA tahun ini.

Pasukan Malaysia telah menunjukkan aksi yang cukup hebat dengan ketangkasan semua pemain serta kerjasama yang kuat antara pasukan telah membuahkan hasil yang terbaik. Jaringan cantik, balingan tepat, laju dan pantas telah memberikan kelebihan dan kemenangan buat pasukan Malaysia.

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan.” (Maksud hadis riwayat Muslim)

Semoga semangat kesukanan yang disulami dengan ciri-ciri kesopanan dan kesusilaan begini terus mekar dalam arena sukan negara. Tahniah sekali lagi buat pasukan bola jaring Malaysia yang hebat!

Bangkit Malaysia!

“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
28 Zulkaedah 1438 / 21 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 21/8/2017