PPSMI gagal kenapa buat semula? – DHPP

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu membuka mata bahawa Pakatan Harapan (PH) adalah parti yang tidak boleh diharapkan selepas blok pembangkang itu berhasrat memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jika PH memegang tampuk pemerintahan negara pada PRU ke 14 nanti.
 
Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, PPSMI telah gagal sebelum ini dan menyebabkan kerugian kepada pendidikan negara.
 
“Rakyat kena faham secara jelas, kita tak mahu lagi pisang berbuah dua kali, kita sendiri dah tahu gagal tapi kita nak buat lagi. Saya cadangkan kepada PH ini untuk berusaha memikirkan idea dan keperluan lain untuk rakyat khususnya pendidikan di negara ini.
 
“Jika diambil ‘orang lama’ jadi ketua, memanglah dia akan kitar semula idea dia yang sebelum ini yang nyata telah gagal untuk digunakan semula padahal terlalu banyak kesannya kepada pendidikan murid-murid di sekolah.
 
“Mereka memang tak ada isu lain, cukuplah dan hentikan mengitar semula isu yang telah lapuk dan tidak berguna dan tolonglah bawa sesuatu yang baru kepada rakyat,” katanya.
 
Tambah beliau lagi mengundi PH seperti mengundi Umno kerana PPSMI yang telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memporak-perandakan kesatuan di dalam Umno-BN kerana tidak bersetuju dengan dasar pendidikan dibawa beliau pada masa itu.
 
Advertisement