Hapuskan GST

GST mesti dihapuskan oleh kerajaan kerana merosakkan ekonomi masyarakat, sedangkan dalam masa yang sama ada sumber-sumber lain boleh diperkenalkan.

Advertisement

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan apabila kerajaan memperkenalkan GST, ia membesarkan lagi saiz cukai kepenggunaan.

“Islam membenarkan cukai berdasarkan pendapatan yang melihat kepada kemampuan manusia. Golongan tidak mampu tidak dikenakan cukai, sedangkan cukai kepenggunaan seperti GST mengenakan cukai kepada semua orang tidak kira kaya atau miskin. Walaupun sedikit, cukai tidak boleh diambil daripada orang miskin,” ujar beliau dalam ucapan perbahasan Bajet 2018 pada 31 Oktober lalu.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Mohd Khairuddin mempersoalkan jika rebat boleh diberikan kepada para pelancong, mengapa rakyat miskin tidak boleh membuat tuntutan semula untuk sebarang GST yang dibayar. Terdahulu saya pernah mencadangkan perkara ini di mana menteri berkenaan bersetuju bahawa ia boleh dilaksanakan, jelasnya.

Mengimbas pembentangan GST untuk pelaksanaan 2015, kerajaan menyatakan bahawa inflasi akan berlaku sekitar 2% sahaja untuk tempoh 2 tahun. 2 tahun telah berlalu, apa yang berlaku adalah inflasi pada Januari 2017 sebanyak 3.2%, Februari 2017 adalah 4.5% manakala Mac 2017 di tahap 5.1%.

“Sebagaimana ahli ekonomi mengunjurkan inflasi sepanjang tahun 2017 ialah 4%, nilai ini terlalu tinggi malah jauh daripada andaian. Bermakna kerajaan silap membuat andaian inflasi maka kerajaan juga boleh silap dalam membentangkan GST sebagai sumber negara,” bidas Mohd Khairuddin.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa PAS memperkenalkan dua bentuk cukai sebagai penyelesaian.

“Simpanan rakyat Malaysia berjumlah sekitar 1.6 trilion, kalau kita andaikan 30% adalah simpanan korporat dikenakan cukai dengan kadar sepertimana Islam ajar sebanyak 2.5%; kerajaan telah mendapat sekitar 12 bilion.

“Kedua adalah cukai berdasarkan pegangan saham; cukup tempoh setahun yang menilai semasa saham didagangkan hari ini sekitar 1.8 trilion lalu diambil cukai 2.5% maka kerajaan boleh mendapat pendapatan lebih 40 bilion.

“Kedua-dua bentuk cukai tersebut diambil daripada golongan kaya lalu diagihkan kepada fakir miskin, namun sayang kerajaan memilih untuk mengenakan satu cukai kepada rakyat yang kesannya merosakkan negara, ekonomi, masyarakat dan tidak akan ada ubat bagi perkara ini,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat itu.{/mprestriction}