Perlukah PAS jawab kritikan, tuduhan PAN?

JAWAPANNYA, tidak perlu. 

Advertisement

Kerana:

●     PAN tidak berminat untuk mendengar jawapan. PAN hanya berminat mengutuk dan menyindir sahaja. Jika PAS jawab, PAN akan memanjangkan lagi kutukan dan celaannya terhadap PAS.

●    Persoalan PAN masih berkisar tentang sejarah lama mereka dalam PAS. Isu yang telah lama basi. Jika PAS jawab, rugi masa sahaja.

●     PAN sangat berminat menyerang dan memburukkan peribadi pimpinan PAS. Jika PAS jawab, PAS akan terikut-ikut dengan rentak budaya politik PAN yang sangat tidak matang itu. Sedangkan PAS perlu tumpukan kepada agenda menjayakan visi Malaysia Sejahtera.

●     Kritikan PAN tidak membina. Kritikan PAN hanyalah terbit daripada jiwa yang marah, geram dan tidak puas hati dengan hala tuju PAS yang lebih mendapat dukungan rakyat. Jika PAS menjawab dengan baik sekalipun, PAN akan tetap semakin sakit hati dan geram dengan PAS.

●     PAN tetap menuduh PAS hendak bergabung dengan Umno, walaupun telah dinafikan oleh pimpinan PAS di dalam ucapan, tulisan, gerak kerja dan lain-lain, termasuk bertanding menentang BN di dalam pilihan raya. Jika PAS menjawab pun, PAN tetap akan meneruskan fitnahnya, kerana itulah strategi paling licik PAN untuk menghasut pengundi bencikan PAS.

●     PAN tiada agenda sendiri membangunkan negara. PAN hanya ada agenda menghancurkan PAS. Agenda PAN yang lain hanyalah sekadar menumpang dan menguatkan agenda DAP, PKR dan Tun Mahathir. Jadi, lebih baik PAS menjawab terus kepada DAP, PKR dan Tun Mahathir daripada menjawab kepada PAN yang hanya menjadi penumpang kelas pertama dalam kapal PH.

●     Ketujuh dan terakhir, PAN bukanlah lawan utama PAS dalam PRU kali ini. Mereka hanya diberi beberapa kerusi ihsan sahaja oleh PH. Itu pun, ada kerusi PAN yang masih mahu direbut oleh komponen PH yang lain. Oleh itu, PAS hanya perlu menjawab kritikan lawan-lawannya yang sebenar dalam PRU kali ini, iaitulah BN dan PH yang sebenar.

Kesimpulan

Memanglah bila anda baca komen atau kritikan PAN terhadap PAS adalah sangat panas, ganas, kasar, kesat dan keji. Rasa geram hendak menjawab, nak mengutuk dan nak mengeji macam mereka juga.

Tapi tak perlulah

Tin kosong saja. Cakap saja berdegar-degar. Tetapi berjiwa kecil. Jiwa pembenci tegar PAS. Jiwa penyokong setia DAP dan Tun Mahathir sahaja. Serta mengharap sedikit ihsan daripada YAB Azmin. Maszlee Malik pun tak sanggup masuk PAN. – HARAKAHDAILY 8/4/2018