PRK PD: Mengapa anak muda perlu pilih PAS

syahir

“DAN bekerjasamalah kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara dosa dan persengketaan.” (Maksud Al-Maidah: 2)

Advertisement

Seruan kepada anak muda untuk memilih calon PAS dalam PRK P132 Port Dickson, di atas tiga faktor:

1. Isyarat anak muda tolak pembohongan dan kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto seperti PTPTN, tol, kos sara hidup;

2. Isyarat anak muda tolak ‘politik peribadi’ yang mempertaruhkan nasib rakyat, agama, bangsa dan negara, dengan pelbagai langkah sumbang; dan

3. Isyarat anak muda mahu perubahan sebenar, dengan memilih Islam sebagai penyelesaian, dan meletakkan Islam di hadapan.

Undur bukan sebarang undur,
Undur bangun sepertiga malam,
Perjuangan ini tak pernah mundur ,
Demi menegakkan kalimah Islam.

Apalah makna membawa parang,
Jikalau tidak membawa belati,
Apalah makna ke medan perang,
Jikalau tidak berani mati.

Terbang tinggi si burung helang,
Hinggap di kayu batang jerami,
Tinggi semangat pahlawan terbilang,
Takkan Islam hilang di bumi.

#IslamMemimpin
#TerusMara

Syahir Sulaiman
Teluk Kemang, Port Dickson
30 September 2018 – HARAKAHDAILY 30/9/2018

pdl