Mengapa mudah beri peruntukan khas kepada New Era?

nasrudin2

PERUNTUKAN kepada Kolej Universiti New Era tidak akan jadi isu kontroversi sekiranya peruntukan MyBrain tidak ditangguh, peruntukan kepada KUTAR tidak dimansuh dan pembayaran ansuran PTPTN tidak disukarkan.

Advertisement

Dalam keadaan majoriti rakyat berhadapan dengan kesukaran, mengapa Kementerian Kewangan dengan mudah memberi peruntukan khas kepada Kolej Universiti New Era?

Adakah kerana kecenderungan politik dan agenda tertentu seperti UEC?

Menteri Kewangan tidak wajar bermain dengan isu perkauman termasuk dakwaan ekstremisme.

Isu sebenarnya, menteri tidak berlaku adil dalam aspek pengagihan peruntukan kepada institusi-institusi pendidikan.

Paling sedih, bagaimana peruntukan untuk sekolah-sekolah daif di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak? Adakah mereka mendapat peruntukan lebih untuk membaiki infrastruktur dan meningkatkan kualiti pendidikan?

Menteri Kewangan seharusnya bersikap jujur kepada rakyat. Jangan membuat keputusan yang boleh mencetuskan isu perkauman. Fokus kepada prioriti pembangunan dan inklusiviti.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
12 Jamadil Awwal 1440 | 18 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 18/1/2019