Kutuk sikap biadap hina Rasulullah SAW

NGO Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) mengutuk perbuatan biadap seorang netizen bernama Foo Sing Wai yang telah menghina junjungan mulia, Rasululah SAW dan isteri Baginda SAW dalam posting Facebooknya.

Advertisement

roslanesaSambil menyifatkan ia satu provokasi biadap dan melampaui batas serta mengheret sentimen agama, perbuatan Foo Sing Wai ini merupakan satu kebiadapan dan benar-benar menghina serta mencabar kesabaran umat Islam.

Tindakan bodoh ini bagi kami terhasil kerana sifat prejudis dan anti Islam individu tersebut, apatah lagi dalam carian, menyatakan bahawa individu ini didakwa ahli DAP.

GENERASI melihat, ia satu perbuatan sengaja menyalakan api perbalahan dan memarakkan rasa benci kepada Islam dan doktrinasi Islamophobia.

Sehubungan itu, kami menggesa pihak keselamatan khasnya pihak Polis segera mengambil tindakan ke atas Foo Sing Wai ini kerana keceluparan melampau.

Kami tidak teragak-agak mengerahkan seluruh umat Islam mengadaka bantahan besar-besaran atas isu ini demi menjaga serta mempertahankan kemulian dan keagungan baginda Rasulullah SAW.

GENERASI sekali lagi melaungkan amaran agar non-Muslim tidak terus melakukan provokasi melampau ini kerana kesabaran umat Islam ada batasnya.

Memangkin Impian Generasi

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden NGO GENERASI
19 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 19/2/2019