PRK Sandakan: PAS bantu calon PBS

Takiyuddin

SELARAS dengan keputusan PAS Pusat tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan semasa Hari Penamaan Calon pada 27 April 2019 yang lalu, PAS mengesahkan akan memberikan sokongan padu kepada Wakil Pembangkang yang bertanding menentang calon Pakatan Harapan dalam PRK tersebut.

Advertisement

Langkah ini diambil ke arah menguatkan lagi Blok Pembangkang yang akan memainkan peranan semak dan imbang (check and balance) di dalam Parlimen dan juga terhadap Kerajaan demi untuk kebaikan negara dan seluruh rakyat.

Selaras dengan itu, PAS khususnya PAS Sandakan dan PAS Sabah, akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat terutama bagi memastikan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS di kawasan ini supaya turun membuang undi pada 11 Mei 2019 bagi membantu calon Blok Pembangkang dari Parti Bersatu Sabah (PBS), iaitu Linda Tsen dalam menghadapi PRK ini.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 28 April 2019 – HARAKAHDAILY 28/4/2019