Lintas Langsung Keputusan Inkues Kes Adib

TERKINI | Berikut adalah kronologi ringkas dicatat Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang mengikuti sesi bacaan keputusan inkues kematian anggota Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Shah Alam oleh Koroner Rofiah Mohamad sebentar tadi:

Advertisement

09:50 pagi: Koroner menghuraikan bukti-bukti yang ada termasuk video

09:40 pagi: Koroner Rofiah Mohamad mula membacakan keputusan prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

09:52 pagi: Koroner menyatakan perbuatan ‘memukul’ memang berlaku oleh seseorang berbangsa India

09:55 pagi: Namun pukulan yang berlaku semasa arwah sedar itu tidak munasabah membawa maut

09:56 pagi: Sesuatu berlaku ke atas arwah semasa tidak sedar diri, dan itulah yang disebutkan membawa maut. Keterangan beberapa saksi menyatakan ia dilanggar kenderaan bomba yang mengundur

10:01 pagi: Teori terpelanting akibat kenderaan tertolak

10:02 pagi: Teori yang konsisten ialah teori ditarik keluar, bukan keluar sendiri

10:07 pagi: Kecederaan Adib ialah akibat perbuatan jenayah

10:12 pagi: Koroner memutuskan kematian Adib adalah hasil perbuatan jenayah, polis pula gagal bertindak pantas menangani kejadian

Laporan lanjut menyusul – HARAKAHDAILY 27/9/2019