‘Lockdown’ semua kawasan adalah berita palsu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan ada mengeluarkan arahan atau kenyataan akan melaksanakan perintah berkurung di semua kawasan, demikan kata Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya yang tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian seperti yang dilaporkan oleh The Edge, malahan menyifatkan ia adalah berita palsu.

Advertisement

“Masih banyak berita palsu yang mengatakan semua kawasan akan ‘lockdown‘ (perintah berkurung) secara ‘total‘.

“Mereka buat seolah statement itu daripada saya, sedangkan saya tidak pernah buat statement kepada media lain, selain kenyataan saya yang dibuat setiap hari seperti ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Susulan daripada itu, beliau meminta supaya orang ramai merujuk kepada kenyataannya yang dibuat setiap hari selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri.

Sementara itu, Ismail turut memaklumkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) peringkat kedua akan diumumkan esok (Isnin).- HARAKAHDAILY 29/3/20