Tiada Bazar Ramadan jika PKP berkuatkuasa

KUALA LUMPUR: Selagimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, bazar Ramadan tidak akan dibenarkan, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Advertisement

Namun, sekiranya tempoh PKP tamat sebelum Ramadan menjelma, kerajaan akan menyediakan lagi satu prosedur operasi standard (SOP) PKP pasca Covid-19 bagi menjadi panduan untuk rakyat termasuk tatacara di bazar Ramadan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media berhubung pelaksanaan PKP di Putrajaya, sebentar Tadi.

Bazar Ramadan merupakan satu budaya rakyat Malaysia dimana setiap kali tibanya bulan mulia tersebut, orang ramai gemar mengunjungi Bazar Ramadan berikutan pelbagai juadah menyelerakan dijual untuk berbuka puasa.

Bagaimanapun, hal tersebut menjadi tanda tanya apabila Malaysia kini berada didalam tempoh PKP dimana kerajaannya melarang rakyat untuk keluar rumah berikutan krisis wabak jangkitan Covid-19.

Justeru itu, timbul pelbagai persoalan bagaimana kerajaan akan menguruskan Bazar Ramadan, sama ada kerajaan akan membenarkan pelaksanaan Bazar Ramadan atau menyediakan satu panduan yang baharu. – HARAKAHDAILY 3/4/2020