5G dan 6G: Persaingan teknologi atau perang?

5G dan 6G

(1) Istilah 6G dan 5G merujuk kepada rangkaian tanpa wayar (wireless) mudah alih bagi generasi keenam dan kelima. Biasanya ia diukur dari sudut kepantasan akses.

5G dikenali dengan mempunyai kelajuan penghantaran data sekitar 20 kali lebih besar daripada 4G yang dilancarkan pada tahun 2009. 4G lebih dikuasai oleh Amerika.

(2) Manakala rangkaian 6G dapat dibayangkan dengan kelajuan 10 kali lebih pantas daripada 5G. China secara rasmi melancarkan rangkaian 5G pada bulan November 2019.

Ada ura-ura mengatakan bahawa 6G dapat digunakan pada tahun 2030. 10 tahun dari sekarang. Tak pasti sama ada persaingan ini dimenangi oleh siapa. Sama ada China atau bukan.

Advertisement

(3) Kita boleh bayangkan sekiranya selama ini kita memerlukan 6 minit untuk ‘donwload’ dengan menggunakan 4G, tetapi dengan 5G hanya 3 saat sahaja. Bagaimana pula 6G?

Projek 5G mula diprojekkan sejak 2008, iaitu setahun sebelum 4G dilancarkan. Ketika itu NASA membantu melancarkan Machine-to-Machine Intelligence (M2Mi) Corp untuk mengembangkan teknologi IoT dan M2M. [1]

(4) Pada tahun 2008 juga, Korea Selatan mengembangkan program R&D 5G, manakala Universiti New York mengasaskan NYU WIRELESS pada 2012 yang menumpukan kepada projek 5G.

Tiga syarikat penerbangan Korea Selatan – KT, LG Uplus dan SK Telecom – melancarkan perkhidmatan 5G secara komersial pada Disember 2018 dan menjanjikan pelancaran 5G serentak Mac 2019 di seluruh negara.

Kekayaan dan ketenteraan

(1) Teknologi 5G ini mampu diaplementasikan dalam banyak teknologi yang berbentuk kemudahan. Antaranya kereta tanpa pemandu, Smart phone, Ai, Internet of Things (IoT) dan banyak lagi.

Dunia dihubungkan di hujung jari dengan begitu pantas. Anda boleh bayangkan bagaimana sekiranya muncul 6G. Boleh bayangkan juga 6G itu digunakan untuk ketenteraan.

(2) Ketika Amerika menang dalam persaingan 4G, business ini telah merangsang hampir RM400 bilion kepada KDNK mereka. Bahasa mudahnya, seluruh dunia terpaksa ‘membeli’ 4G Amerika.

Sekiranya Amerika menang dalam persaingan 5G, KDNK akan meningkat sebanyak RM2 trilion dalam KDNK sedia ada. Namun, nampak agak ketinggalan berbanding China

(3) Bayangkan betapa kayanya China jika menjadi juara 5G. Bayangkan juga masa depan 6G yang lebih mengkayakan mereka jika mereka menjuarai persaingan itu sekali lagi.

Namun apa yang kita saksikan bagaimana China sudahpun memberi isyarat bahawa mereka seolah-olah akan menjuarai teknologi itu yang dijangkakan 10 tahun akan datang.

Khususnya apabila diaplementasikan dalam dunia ketenteraan. Bahasa mudahnya, perang teknologi masa depan adalah pertempuran antara robot (Ai) dan mesin-mesin.

(4) Mereka yang menguasai teknologi bakal menjuarai. Mungkin membantu dari sudut risikan, perolehan maklumat, pemprosesan dan seterusnya meningkatkan ‘kekerapan perang’.

6G dalam ketenteraan

(1) Pada Sabtu, 18 April 2020 Media SCMP (South China Morning Post) menyiarkan berita yang bertajuk ‘China’s military draws on 6G dream to modernise fighting forces and plan wartime scenarios’. [2]

Tulisan ini menggambarkan kesediaan China untuk menguasai 6G. China boleh dikatakan ‘johan’ dalam persaingan 5G. Amerika yang menguasai 4G sebelum ini sudah mula dilihat ketinggalan zaman.

Apatah lagi mereka hari ini berhadapan situasi getir dalam serangan COVID-19. Dengan kebangkitan rakyat berfikiran Liberalismnya, menjadikan Amerika dihurung masalah.

(2) Teknologi 5G dilihat sebagai peluang besar China untuk buat duit. Bahkan sejak November 2019 mereka sudah mula mengorak langkah untuk menceburi teknologi 6G.

Hari ini mereka mula menggambarkan situasi penguasaan teknologi dalam perang. SCMP menyatakan bahawa secara teorinya Tentera China meletakkan impian 6G untuk memodenkan ketenteraan dan merancang senario perang teknologi.

Tetapi People’s Liberation Army (PLA) sudah merancang penggunaannya di medan perang. PLA menyiarkan berita itu dalam China National Defence News pada Isnin lalu dengan tajuk ‘If 6G Were to be Used in the Future Battlefield’. [3]

(3) Tulisan PLA ini menyatakan sekiranya teknologi 6G diperkenalkan ke dalam ketenteraan, ia pasti akan memberi kesan besar kepada amalan ketenteraan (military practices), seperti;

(a) Pembentukan perang _(war formation).

(b) Pengembangan peralatan (equipment development).

(c) komunikasi medan perang (battlefield communications).

Pandangan pro dan kontra

(1) Antara yang dinyatakan di dalam artikel PLA tersebut, berdasarkan jaringan 6G, komandan dapat membuat keputusan yang tepat dengan cepat setelah jaringan kontrol-perintah (control-and-command network).

Laporan China National Defense News juga mengatakan bahawa unit pertempuran dapat memperoleh maklumat yang sangat spesifik dan pantas mengenai lokasi dan peralatan pasukan.

Kepantasan ini memungkinkan tentera mampu membuat rancangan logistik yang disasarkan secara tepat. Sebab itulah PLA meletakkan cita-cita yang tinggi ini.

(2) Timoty Heath, yang merupakan penyelidik RAND Corporation mengandaikan bahawa agak sukar bagi China untuk mengejar pencapaian yang banyak sekali gus. Beliau ‘refer’ kepada latar belakang PLA sendiri. [2]

Bahkan beliau menganggap cita-cita PLA untuk menerajui 6G hanya sekadar spekulasi. Antaranya kerana latarbelakang PLA yang hanya terkenal dengan teknologi rendah dan tiada upaya.

(3) Yang Zi, dari Universiti Pengajian Antarabangsa Nanyang Technological University di Singapura, mengatakan bahawa penonjolan China dalam teknologi itu agak logik.

Ini kerana ketenteraan China sememangnya banyak bergelumang dalam dunia penyelidikan terhadap pembangunan teknologi kemajuan yang jelas, antaranya Ai, 5G, teknologi kuantum, sistem tanpa pemandu dan super komputer. [2]

Beliau akui bahawa kesungguhan China di bidang itu bagi bersaing dengan Amerika. Namun beliau berpandangan secara umumnya Amerika masih mendahului dalam dunia teknologi baru.

Persaingan 6G

(1) Perlu faham, bukan China sahaja yang sedang mengkaji mengenai 6G. Ada lagi negara-negara lain, antaranya:

(a) Pada Februari 2019, Donald Trump menyatakan dalam Twitternya dia mahu 5G dan 6G secepat mungkin di Amerika [4].

(b) Selain daripada China dan Amerika, negara yang turut sedang 6G ialah Finland, Korea Selatan dan Jepun. [5]

(2) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun akan menubuhkan sebuah badan penyelidikan di bawah kepimpinan Universiti Tokyo Goshinjin.

Ia juga diposisikan di bawah pengawasan langsung Takao Sanae (General Affairs Minister), bersama pakar-pakar syarikat teknologi gergasi di Jepun dengan kos yang besar.

(3) Pakar-pakar yang berkaitan dengan pembangunan 6G di Jepun antaranya Syarikat Nippon Telegraph And Telephone Corporation (NTT) dan Syarikat Toshiba.

Mereka turut dijemput untuk membincangkan matlamat prestasi dan sokongan dasar 6G pada bulan Jun tahun ini. Bahkan, Kerajaan Jepun turut bersedia melabur USD2.3 bilion dalam projek ini. [5]

(4) Antara syarikat-syarikat yang sedang memprojekkan 6G ialah Huawei di Canadian RnD Centre, SK Telecom bersama Sony Erisson dan Nokia, dan Samsung.

Marcus Weldon daripada Nokia Bell Labs, mengatakan bahawa 6G akan menjadi ‘pengalaman indra keenam bagi manusia dan mesin’ iaitu di mana biologi memenuhi Ai. [6]

[1] https://www.brainbridge.be/news/from-1g-to-5g-a-brief-history-of-the-evolution-of-mobile-standards

[2] https://www.scmp.com/news/china/military/article/3080235/chinas-military-draws-6g-dream-modernise-fighting-forces-and

[3] Saya telah mencari artikel asal ini, saya tidak menemuinya. Tidak pasti sama ada saya yang tak jumpa atau memang benar ia didelete. WaLlahua’lam.

[4] https://twitter.com/realdonaldtrump/status/1098581869233344512?lang=en

[5] https://www.gizmochina.com/2020/01/20/japan-plans-to-achieve-practical-6g-by-2030-will-be-10x-faster-than-5g/

[6] https://www.lifewire.com/6g-wireless-4685524

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 28/4/2020