Covid-19: Dua kes positif hari ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat empat kes yang pulih daripada Covid-19 pada hari ini.

Advertisement

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh daripada wabak itu adalah sebanyak 8,668 kes bersamaan 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Noor Hisyam Abdullah berkata terdapat dua kes baharu yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,001 kes.

Dengan yang demikian itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 208 kes.

Katanya, kedua-dua kes baharu yang dilaporkan adalah penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga di Kedah dan satu lagi di Wilayah Persekutuan Labuan.

Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan.

Menurutnya, sehingga kini terdapat satu kes Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada pertambahan kes kematian berkaitan wabak itu dilapirkan menjadikan jumlah kumulatif kes kekal sebanyak 125.- HARAKAHDAILY 3/8/2020