FGV: Skandal besar berbanding 1MDB

TIMBALAN Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan skandal Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) lebih besar daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana melibatkan lebih ramai pihak.

Advertisement

Beliau bersetuju dengan pandangan ahli ekonomi terkemuka, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram yang mengatakan skandal FGV memiliki lebih banyak perkara yang tidak masuk akal selain daripada 1MDB.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

“Ya, saya setuju dengan pandangan Dr. Jomo. Dia melihat bahawa isu Felda ini jauh lebih besar daripada isu 1MDB khususnya dalam konteks kesannya kepada rakyat kerana isu ini telah melibatkan secara langsung kepada rakyat dan orang ramai,” katanya.

Tambah beliau, isu keperluan rakyat misalnya perumahan generasi kedua Felda antara yang mendapat perhatian semasa pertemuan Gagasan Sejahtera bersama pengurusan tertinggi Felda apabila diakui bahawa terdapat salah tadbir urus seperti yang berlaku di Sungai Koyan, Pahang.

Menurutnya perumahan yang melibatkan 196 unit buah rumah yang telah siap, hampir 47 buah unit tidak boleh diduduki kerana berlaku mendapan dan terpaksa dikeluarkan daripada rancangan untuk membenarkan peneroka menduduki rumah tersebut.

“Kenapa berlaku macam ini? Bukan sedikit jumlahnya bahkan isu ini berlaku ketika pihak pengurusan dulu dan ini antara isu yang dibangkitkan.

Saya fikir, isu melibatkan hak peneroka adalah membenarkan peneroka membina rumah kedua dalam lot Felda, kami ambil langkah yang positif tetapi nak selesaikan masalah rumah terbengkalai ini pun kita harap diberi perhatian serius,” katanya.{/mprestriction}