Saman SR: Penyelesaian luar mahkamah

SETELAH YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown (Defendan) dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam beliau, adalah dimaklumkan bahawa YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) melalui Perintah Persetujuan (Consent Order) bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division) seperti berikut:

Advertisement

1. YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menarik balik Tuntutan (claim) terhadap Defendan;

2. Clare Rewcastle Brown (Defendan) menarik balik Tuntutan Balas (counter claim) terhadap YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;

3. Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan

4. Kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini.

Seterusnya YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan peguam, ahli-ahli PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes ini.

SYAHIR SULAIMAN
Setiausaha Politik Presiden PAS
Bertarikh: 2 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 2/2/2019