Mesyuarat khas kerjasama Umno-PAS

HARI ini adalah hari bersejarah buat negara kita Malaysia.

Advertisement

Selepas hampir 70 tahun, buat kali kedua dalam sejarah pahit manis perjuangan politik negara, Umno dan PAS hari ini berjaya duduk semeja bagi membincangkan secara lebih serius usaha ke arah kerjasama yang lebih rapat di antara kedua parti tersebut di dalam politik negara dan penyatuan umat.

Ia adalah langkah penuh berkat, ternyata benar dan begitu dinantikan. Bagaimana ia boleh berlaku, kita kembalikan kepada satu kalimat yang paling teguh, bahawa ia adalah daripada doa yang berterusan dan penuh ikhlas daripada para pejuang yang begitu mengimpikan kesatuan, kekuatan dan kejayaan umat Islam dalam negara.

Hari ini adalah permulaan dan langkah pertama. Ia bukan mudah, tetapi tidaklah terlalu sukar. Jika ada keikhlasan, kesukaran akan beriring kemudahan.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dari awal sehingga hari ini. Semoga Allah membalas yang terbaik buat kalian.

Ingat, ia bukan sekadar langkah ke Putrajaya, bahkan ia adalah sebuah jaminan pembinaan sebuah Malaysia yang benar-benar segar dan maju.

BarakaLlahu lana wa lakum.. – HARAKAHDAILY 5/3/2019

pas umno1

pas umno2