Pembinaan Pusat Tarbiyah perlu sumbangan dana

TASEK GELUGOR:  Sebuah Pusat Tarbiyah PAS dihasratkan untuk dibina di tapak tanah lot yang letaknya berhampiran Maahad Tahfiz Asy-Syafie (MATAS) dan Masjid Lahar Yooi, di sini.

Advertisement

Bagi merealisasikan tujuan tersebut ke arah memperteguhkan pelaksanaan agenda tarbiyah dan dakwah, PAS Cawangan Simpang Tiga Lahar Yooi telah membeli dua lot tanah tersebut.

Komitmen tersebut disungguhkan dengan separuh bayaran iaitu RM100,000 telah diselesaikan dan ahli-ahli PAS Simpang Tiga Lahar Yooi telah mengadakan gotong-royong, kelmarin dahulu.

Pun begitu, bagi memastikan kerja-kerja pembinaan segera dapat dijalankan kelak, urusan pembelian tanah tersebut perlu diselesaikan secepat yang mungkin agar hasrat berkenaan tercapai.

Sehubungan itu amatlah diharapkan usaha amal dan jariah ke arahnya dapat disertai sama oleh para dermawan dan pendukung perjuangan Islam untuk membantu.

Segala sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun BIMB 0704 3011 0542 34  atas nama PAS Cawangan Simpang Tiga Lahar Yooi.  – HARAKAHDAILY 25/9/2019 

IMG 20190925 WA0009

IMG 20190925 WA0010